CC2018 : PEMAIN PERLU MEMBERIKAN FOKUS SEPENUHNYA UNTUK MENDAPATKAN KEMENANGAN PADA MALAM INI

Saingan Challenge Cup 2018 ataupun Piala Cabaran akan kembali bermula pada malam ini dan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan dilangsungkan perlawanan diantara pasukan Terengganu FC II iaitu pendahulu liga bersama pasukan Sarawak FA. Perlawanan ini penting buat pasukan TFC II kerana kita menginginkan kemenangan  bagi mendapatkan pengesahan awal untuk ke peringkat separuh akhir sebagai juara kumpulan A ini.

Ketua jurulatih TFC II, Tengku Hazman Raja Hasan menyatakan pemain-pemainnya perlu fokus bagi perlawanan pada malam ini kerana apa yang penting kita perlu memburu kemenangan dan mengekalkan momentum yang ada pada pasukan sekarang ini, samaada juara kumpulan atau tidak kita perlu memastikan kita layak terlebih dahulu. Beliau menambah beliau telahpun memberitahu pemain-pemain pada sesi latihan, kita perlu menang pada perlawanan menentang Sarawak FA kerana kalau boleh kita tidak mahu menunggu hingga perlawanan terakhir  untuk menentukan samaada kita boleh ke peringkat seterusnya.

TFC II sebelum ini sedikit bimbang apabila perancang utama, Bruno Suzuki mengalami kecederaan sedikit selepas perlawanan yang lepas, namun dilaporkan beliau telah cergas sepenuhnya bagi perlawanan pada malam ini. Ketiadaan tonggak import di bahagian pertahanan, Andrew yang pulang ke negaranya bagi menyertai skuad kebangsaan dilihat tidak mengganggu fokus pasukan untuk terus mengekalkan momentum yang ada.

Pengurus pasukan TFC II, Jasmira Bin Othman menyatakan perlawanan pada malam ini juga adalah bagi membuktikan kita mampu mendapatkan kemenangan di tempat sendiri kerana dilihat prestasi kita kurang memberangsangkan apabila beraksi di gelanggang sendiri. Tambah Jasmira, pasukan kita memasang azam untuk beraksi lebih cemerlang bukan sahaja untuk kemenangan pada tiap perlawanan sahaja tetapi kami inginkan kejayaan yang lebih sehingga ke perlawanan akhir bagi membalas kepercayaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang telah mengumumkan tentang pengekalan pasukan TFC II untuk bagi musim 2019. Ini adalah salah satu cara terbesar untuk kita balas balik kepercayaan dari pihak pengurusan iaitu dengan membawa pulang kejuaraan Piala Cabaran ini ke negeri Terengganu.

 

Leave a Reply