KENAPA SAYA PILIH NOMBOR 60
Desas-desus menyatakan pemain kouta bebas berasal dari Osijek Croatia, Marin Pilj berakhir selepas Pasukan Terengganu FC berjaya mengikat pemain tengah itu selama satu musim bagi persiapan Liga Malaysia 2024/2025.
Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner memberi harapan penuh dengan mengambil tanggungjawab ini memilih Marin Pilj bagi memperkuatkan jentera tengah untuk digandingkan samaada bersama Nurillo Tuktasinov, Manny OTT, Akram Mahinam atau Saiful Haqim bagi saingan musim baru.
Pemain berusia 27 tahun ini mempunyai pengalaman bersama pasukan Osijek, Olimpija Ljubljana dan Varazdin untuk Liga Croatia dan semestinya melalui pengalaman yang beliau ada diharapkan dapat menambah kualiti buat pasukan Terengganu FC bagi musim ini.
Marin Pilj sempat berkongsi cerita kenapa beliau mengenakan jersi bernombor 60 bersama Terengganu FC. Menurut Marin, beliau mempunyai perhubungan yang sangat baik bersama bapanya. Dari beliau kecil, bapanya adalah orang yang bertanggungjawab memberikan galakan untuk bermain bola sepak, menghantarnya ke akademi bola sepak dan merupakan orang pertama yang akan memberikan motivasi kepadanya untuk terus berusaha menjadi pemain terbaik dalam sukan ini. Dengan jasa yang disumbangkan mendiang bapanya, beliau berjaya menjadi seorang pemain profesional sehingga kini. Bapanya telah meninggal dunia pada tahun lepas di usia 60 tahun. Beliau ingin mendedikasikan nombor tersebut bersama dengan angka umur terakhir bagi mendiang bapanya.
Sama-sama kita doakan kehadiran Marin Pilj bakal memberikan impak luar biasa kepada pasukan Terengganu FC musim ini.
– MARIN PILJ 60 –