UNIFI PIALA MALAYSIA : HATI-HATI DENGAN ANCAMAN FELCRA FC

Bakal beraksi dihadapan ribuan penyokong sendiri pada Sabtu ini, pasukan Terengganu FC (TFC) semestinya bakal turun dengan aksi penuh bersemangat Sabtu ini walaupun ada yang menyatakan bahawa pemain-pemain TFC bakal turun dengan sedikit tekanan kerana membawa harapan ribuan penyokong yang inginkan kemenangan ditempat sendiri. Pasukan TFC yang akan menentang naib juara Liga Premier, Felcra FC telah pun dinasihatkan supaya lebih bersedia dan berhati-hati dengan ancaman pasukan Felcra yang dilihat antara pasukan terbaik yang berada di Liga Premier 2018 dengan rekod baik di dalam liga ( 9 Kemenangan, 7 seri dan hanya 4 kekalahan ).

Dua kemenangan di tempat lawan dalam 2 perlawanan awal saingan peringkat kumpulan bukanlah tiket buat anak-anak buah kendalian Haji Irfan Bakti kerana dilihat ancaman Felcra FC jauh lebih merbahaya jika dibandingkan dengan Perak FA dan Kuala Lumpur FA kerana kita tidak pernah bertemu pasukan ini di saingan liga untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan mereka.

Pasukan TFC juga terpaksa turun tanpa kelibat ‘Ayam Tambatan’ pasukan ini, Lee Tuck yang digantung bagi perlawanan ini setelah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan semasa perlawanan menentang Perak FA. Walaubagaimanapun ianya bukanlah alasan buat pasukan untuk turun dengan aksi terbaik kerana ketiadaan Lee Tuck akan digantikan dengan seorang lagi arkitek pasukan iaitu Do Dong Hyun.

Irfan Bakti sebelum ini memuji pemain pertahanannya, Amirzafran yang beraksi baik bergandingan bersama Igor Zonjic dalam mengawal benteng terakhir TFC. Irfan menyatakan faktor saiz badan amir yang juga dikatakan sama tinggi dengan pemain import adalah faktor utama beliau menggunakan Amir bagi saingan Piala Malaysia kerana jika dilihat kesemua pasukan yang berada di dalam kumpulan A mempunyai penyerang yang berbadan tegap dan tinggi. Keadaan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua pertahanan yang berbadan tinggi supaya boleh menghalang gerakan dari pihak lawan terutama perebutan di udara.

Perlawanan pada hari Sabtu ini dijangka akan dihadiri oleh ribuan penyokong pasukan Terengganu FC. Pihak pengurusan juga telah membuar persediaan tiket perlawanan tambahan jika diperlukan pada hari tersebut.

Leave a Reply