Ulasan Perlawanan Sabah FC Melawan Terengganu FC

Perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di antara pasukan Terengganu FC dan Sabah FC yang berlangsung di Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah, selepas kedua-dua pasukan berehat seketika selepas memberi laluan kepada Sukan Sea 2023. Perlawanan pada malam ini pasukan Terengganu FC semestinya menjadi pelawat kepada pasukan Sabah FC dan menjadikan pasukan Terengganu FC melakukan sedikit perubahan terhadap pemain-pemain import seperti selepas Ivan Mamut menghadapi pergantungan satu perlawanan selepas menerima tiga kad kuning sebelum ini. Manakala Adisak Kraison juga tidak dapat diturunkan pada perlawanan pada malam ini selepas mengalami kecederaan.

Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada pemain import Omid Nazari, Sony Norde, Jordan Mintah, Habib Haroon, Sardor Kulmatoz dan semua pemain lokal untuk perlawanan pada malam ini dan semestinya mempunya target yang tinggi dan berusaha untuk mendapatkan tiga mata penuh di Stadium Likas bagi menghadapi pasukan tuan rumah Sabah FC.

Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan Terengganu FC mempunyai beberapa peluang yang dimiliki namum tersasar dan tidak berjaya bagi mendapatkan jaringan awal. Pasukan tuan rumah lebih berhati-hati bagi mengorak langkah dan mencari peluang apabila sepakan percuma berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-27 yang ditanduk masuk oleh Telmo Ferreira. Seterusnya pasukan tuan rumah menambah jaringan yang kedua pada minit ke-36 selepas pengadil perlawanan membuat keputusan muktamad dengan menghadiahkan sepakan penalti akibat terkena tangan pemain pertahanan, Sardor Kulmatov dan sekaligus disudahi oleh pemain Sabah FC Darren Lok.

Pasukan Terengganu FC cuba bangkit dengan gol pertama apabila Sepakan percuma berjaya disudahi oleh Sony Norde pada minit ke-45 dan tamat untuk separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Syafik Ismail dan mengeluarkan Arif Fadzilah bagi memperkemaskan bahagian hadapan. Pasukan Terengganu FC cuba mencari gol penyamaan namum tidak berjaya apabila pertahanan Sabah FC sedaya upaya tidak memberi peluang kepada pasukan pelawat. Seterusnya Terengganu FC membuat pertukaran dengan membawa masuk Muhammad Zuasyraf dan mengeluarkan Liridon Krasniqi dan pertukaran kali ketiga membawa masuk Nur Shakir dan mengeluarkan Omid Nazari. Pasukan Terengganu FC cuba bangkit untuk gol penyamaan apabila sekali lagi Sony Norde berjaya memberi gol kedua dan gol penyamaan dengan sepakan percuma sekaligus memberi jaringan Sabah FC ( 2 ) ( 2 ) Terengganu FC sehingga wisel penamat.

Comments (2)

  1. StephenAmuby

    mexican border pharmacies shipping to usa: cmq pharma – mexico drug stores pharmacies

  2. Donaldnom

    mexican mail order pharmacies
    http://cmqpharma.com/# mexico pharmacies prescription drugs
    mexican pharmaceuticals online

Leave a Reply