Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Penang FC

Liga Super Malaysia 2023 di antara pasukan Terengganu FC bertemu dengan pasukan Penang FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semestinya memberi kelebihan kepada pasukan Terengganu FC kerana menjadi tuan rumah untuk aksi perlawanan pada malam ini. Pasukan Terengganu FC terpaksa bermain dengan ketiadaan pemain import, Habeb Haron selepas menerima perngantungan satu perlawanan selepas mengutip 3 kad kuning untuk perlawanan liga super sebelum ini.

Ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner telah memberi kepercayaan kepada Domagoj Pusic bagi mengendalikan di bahagian tengah untuk perlawanan pada malam ini, manakala Omid Nazari juga turut serta menjadi tonggak utama bagi perlawanan pada malam ini selepas Adisak Kraison belum lagi sihat sepenuhnya untuk kecederaan yang dialami oleh beliau.

Permulaan bagi perlawanan pada malam ini menunjukkan kedua-dua pasukan bermain secara seimbang bagi mencari jaringan awal untuk berada dikedudukan yang selesa bagi separuh masa pertama. Satu peluang yang dimiliki oleh pasukan tuan rumah apabila songketan oleh Syafik Ismail tidak berjaya dan melewati palang. Cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah namum buntu dan menjadikan keputusan seri 0-0 di separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan tuan rumah membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif dan Engku Nur Shakir bagi mengantikan Omid Nazari dan Syafik Ismail. Pasukan tuan rumah berusaha bagi mendapatkan jaringan apabila beberapa peluang yang dimiliki dinafikan oleh penjaga gol Penang FC, Muhammad Azfar. Seterusnya peluang keemasan yang diperolehi oleh pasukan tuan rumah pada minit ke-74, apabila hantaran Sony Norde kepada Engku Shakir mendapatkan gol pertama dan berjaya menewaskan penjaga gol Penang FC.

Pasukan pelawat cuba mendapatkan jaringan penyamaan namum terhalang dan sekaligus menjadikan pasukan tuan rumah berjaya membawa pulang tiga mata di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi Liga Super Malaysia 2023 dengan jaringan Terengganu FC ( 1 ) ( 0 ) Penang FC.

Leave a Reply