CHONBURI FC VS TERENGGANU FC

Perlawanan terakhir buat pasukan Terengganu FC untuk Pramusim di thailand pada petang ini pasukan Terengganu FC menentang pasukan Chonburi FC antara persiapan terakhir bagi menghadapi Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada 24 Februari ini.

Kerua jurulatih Tomislav Steinbruckner menurunkan skuad kedua pada petang ini dimana memberi peluang kepada pemain-pemain yang tidak beraksi semasa perlawanan Odense BK semalam.

Sepak mula pada petang ini menunjukkan pasukan Chonburi FC menurunkan skuad muda bagi memperkemaskan liga utama mereka yang kini sedang berlangsung. Peluang terhidang pada minit ke-9 oleh Syafik Ismail tersasar apabila larian satu sama satu beliau tidak berjaya menjaringkan gol. Pasukan Chonburi FC cuba mengatur pelawanan pada separuh masa pertama bagi mencari gol pendahuluan terhalang selepas beberapa peluang dimiliki disia-siakan dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan 0-0.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif dan Jordan mintah bagi memperkemaskan bahagian hadapan. Seterusnya dengan kemasukan dua pemain oleh Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner berhasil apabila hantaran Nik Sharif berjaya disudahi dengan tandukan Jordan Mintah sekaligus menjadikan jaringan 1-0 pada minit ke- 59’.

Pasukan Terengganu FC cuba mengatur langkah bagi mencari jaringan tambahan pada minit seterusnya namun tidak berjaya dan memaksa pasukan tuan rumah bolos dengan jaringan 1-0 sekaligus memberikan Terengganu FC kemenangan di Stadium Chonburi FC, Thailand.

Comments (3)

  1. binance account

    Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.

  2. Binance账户创建

    Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!

  3. binance prihlásení

    Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot