
ODENSE BOLDKLUB VS TERENGGANU FC
Perlawanan Pramusim Ketiga buat Pasukan Terengganu FC pada harini akan menentang pasukan Odense Boldklub antara pasukan di kedudukan yang kelima daripada Liga Super negara Denmark yang berlangsung di Stadium BG Phatum.
Sepak mula menunjukkan Pasukan Terengganu FC semakin selesa dengan caturan yg diberikan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner apabila peluang awal tercipta pada minit ke-6 dengan rembatan kencang Sony Norde berjaya dinafikan oleh penjaga gol Odense BK. Pasukan Odense BK cuba mendapatkan peluang dan berjaya menjaringkan gol pertama oleh Sabbi apabila kesilapan daripada pemain pertahanan Safwan Mazlan menjadikan gol 1-0 pada minit ke-30. Pasukan Terengganu FC cuba mendapatkan gol penyamaan namum gagal pada separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua Pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Ivan Mamut dan mengeluarkan Nik Sharif. Pasukan Odense BK mempunyai beberapa peluang baik namum dinafikan oleh penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli. Peluang terhidang buat pasukan Odense BK pada minit ke-88 selepas berjaya memberikan jaringan kedua dan sekaligus menjadikan pasukan Terengganu FC tewas 0-2 sehingga wisel penamat.