OMID DAVID LAZARTE NAZARI PEMAIN IMPORT TERAKHIR BUAT PASUKAN TERENGGANU FC.

Omid David Lazarte Nazari, Pemain import terakhir bagi pasukan Terengganu FC selepas menandatangani kontrak perjanjian selama satu tahun dan mengisi kouta Asean bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain tengah kelahiran Sweden ini pernah beraksi di Liga Malaysia bagi pasukan Negeri sembilan pada musim lepas 2022 dan turut bermain untuk Liga Indonesia dan Persib Bandung dari 2019 sehingga 2021

Untuk rekod, pemain itu juga pernah mewakili kelab yang bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah iaitu Malmo FF.Bekas pemain United City ini juga memiliki lima penampilan bersama skuad kebangsaan Iran.

Menurut beliau, sangat teruja apabila mendapat peluang untuk bermain bersama pasukan Terengganu FC dan mencabar buat dirinya pada musim ini untuk melakukan aksi yang terbaik bagi saingan Liga Super dan AFC CUP.

Dengan Harapan yang tinggi, beliau tidak sabar untuk bermain dengan Pasukan Terengganu FC dan akan sentiasa bekerja keras untuk membantu pasukan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik bagi liga musim ini.

Leave a Reply