KEDAH DARUL AMAN FC HADIR DENGAN SEMANGAT BERBEZA, KITA PERLU KEKAL FOKUS UNTUK MEMASTIKAN PASUKAN SENTIASA KONSISTEN DAN POSITIF TERUTAMA APABILA BERAKSI DI GELANGGANG SENDIRI

Perlawanan pada malam ini semestinya dinantikan pasukan lawan kerana dengan jelas mereka hadir pada hari ini dengan misi untuk mendapatkan kemenangan di #SSMZA. Pasukan Terengganu FC pada ketika ini masih mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri tanpa sebarang kekalahan dan semestinya kita ingin meneruskan rekod positif ini.

Jika pada perlawanan yang lepas, kira-kira 11,000 penyokong hadir dapat membantu meniup semangat pasukan yang pada ketika itu terpaksa berjuang dengan 10 pemain sehingga memperoleh kemenangan, tidak mustahil pada malam jika kehadiran sepertimana itu malah lebih ramai, semestinya ia dapat meningkatkan aura di #SSMZA untuk memastikan kita berjaya sekali lagi merekodkan kemenangan. Terengganu FC menyeru buat seluruh penyokong, ayuh kita hadir ke stadium kita, laungkan sorakan, sama-sama kita berganding bahu buru kemenangan.

Leave a Reply