
ULASAN PERLAWANAN: TERENGGANU FC vs KDA FC
Pertembungan Liga Super Malaysia 2022 sekali lagi Pasukan Terengganu FC bertemu dengan Pasukan Kedah Darul Aman FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang sebelum ini Kedah Darul Aman tewas dengan jaringan 1-0 untuk Piala FA Malaysia.
Pada babak pertama menyaksikan kedua-kedua pasukan yang mahu merebut jaringan dengan bermain begitu aggresif untuk mencari gol pembukaan. Namun Pasukan Terengganu FC mendahului jaringan 1-0 pada minit ke-13 apabila larian dan lorongan cantik Faisal Halim kepada Kpah Sherman mudah untuk menjaringkan gol pertama. Pasukan Kedah Darul Aman FC terus mencari peluang bagi merapatkan jurang namum gagal pada separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua Pasukan Kedah Darul Aman membuat dua pertukaran kerana ketua Pasukan KDA FC, Syazwan Zainon mengalami kecederaan.
Kali ini, Terengganu FC terus menambah derita skuad kendalian Aidil Sharin apabila Manny OTT mudah menjaringkan gol kedua buat Pasukan Terengganu FC dengan jaringan 2-0.
Pada minit ke- 69 Pasukan Terengganu FC membuat dua penukaran gandingan pemain sayap, Faiz Nasir dan Faisal Halim dengan membawa masuk Nik Sharif dan Hakimi Abdullah. Seterusnya Terengganu FC membuat pertukaran ketiga mengeluarkan penjaring gol kedua Manny OTT dengan membawa masuk Muhammad Zuasyraf. 5 minit masa tambahan memberi peluang kepada Pasukan Kedah Darul Aman dengan satu jaringan oleh Azzamuddin Akil dan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Pasukan Tuan rumah mendahului Pasukan Kedah Darul Aman 2-1.
Comments (3)
riferimento binance
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?
Creare un cont Binance
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.
binance
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.