AURA PENYOKONG TERBUKTI BANGKITKAN SEMANGAT BERJUANG PEMAIN TFC WALAUPUN DENGAN 10 ORANG PEMAIN SAHAJA

Kami dari Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada 11,980 para penyokong yang berusaha memenuhi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA 2022 yang lepas. Lebih manis pasukan kita memperoleh kemenangan pada ketikan itu dan kemenangan ini bilamana para pemain Terengganu FC berjuang dengan kudrat 10 orang pemain selama 40 minit.

Bagi kami, semangat juang pemain pastinya tidak akan lengkap jika tanpa sokongan padu dari penyokong setia mereka yang membangkitkan aura pejuang untuk terus melawan. Dengan berkudratkan tenaga 10 orang pasti ianya tugasan sukar untuk menyaingi pasukan hebat yang mewakili negara di pentas AFC itu.

Semestinya sorakan padu para penyokong amat diperlukan lagi oleh pemain kita dalam mengharungi baki perlawanan yang lebih mencabar selepas ini. Ayuh semua gerombolan pemain ke-12, pada malam ini dalam saingan Liga Super, kita sama-sama penuhkan lagi stadium keramat kita ini. Sepertimana kebiasaan penyokong katakan, biar “rappak pago”.

Jika pemain mengharapkan sokongan padu dari penyokongnya, maka sudah semestinya para penyokong juga mengharapkan pemain memberikan yang terbaik untuk penyokong setia mereka. Harapan kami agar semua pemain sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan dan kekalkan rentak permainan. Usah leka dibuai kemenangan yang lepas. Anggap setiap perlawanan ibarat perlawanan final

Kami sebagai penyokong akan sentiasa memberi sokongan padu dan kepada pemain berilah yang terbaik untuk pasukan demi lencana di dada.
Kami juga mengharap kan agar para penyokong hadir ke Stadium memakai jersi keramat HITAM PUTIH @ TSHIRT hitam atau Bawa bendera terengganu atau bendera yang melambangkan kelab kebanggaan kita ini.

Pengarang : KU CHAL KC, Ahli Kelab TFFC



TFFC antara salah sebuah kelab penyokong Terengganu FC yang bergiat aktif

Ikuti perkembangan kelab penyokong ini di facebook mereka : https://www.facebook.com/KelabPenyokongBolaSepakTerengganuDarulIman

Comments (6)

  1. FloydSlino

    buying from online mexican pharmacy: mexico pharmacy – mexican mail order pharmacies

  2. Williamfew

    top 10 pharmacies in india http://indiaph24.store/# top online pharmacy india
    online pharmacy india

  3. binance register

    Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.

  4. Donaldnom

    reputable mexican pharmacies online
    https://cmqpharma.online/# buying from online mexican pharmacy
    buying prescription drugs in mexico online

  5. StephenAmuby

    reputable mexican pharmacies online: cmqpharma.com – mexico pharmacy

  6. cuenta gratuita en Binance

    Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot