ULASAN : TERENGGANU FC vs NEGERI SEMBILAN FC

Perlawanan PIALA FA MALAYSIA 2022 bagi Pasukan Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC antara perlawanan kalah mati yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terengganu FC menurunkan kedua-dua penyerang Kpah Sherman dan Kipre Theche untuk perlawanan pada malam ini.

Sepak mula untuk perlawanan pada malam ini menunjukkan Pasukan Terengganu FC terus mengasak pasukan pelawat dengan memberi ruang kepada Kipre untuk masuk ke dalam kotak penalti namum tersasar ke palang gol. Pelaung seterusnya tercetus oleh Pasukan Terengganu FC apabila hantaran Syafik Ismail berjaya membuahkan hasil apabila kesilapan oleh Pemain Negeri Sembilan FC, pada minit ke 28’ dengan jaringan 1-0.

Pasukan Pelawat kemudian turut menyusun gerakan dari sepakan percuma dan berjaya menanduk masuk oleh Pemain Negeri Sembilan FC, David Nazari sekaligus menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 35’ .

Hanya 2 minit berselang Faisal Halim mengandakan kedudukan 2-0 buat Terengganu FC apabila beliau berjaya membawa masuk ke dalam kotak penalti secara solo dan menewaskan Penjaga Gol Negeri Sembilan FC dari jarak dekat.

Memasuki separuh masa kedua Terengganu FC membuat 2 pertukaran membawa keluar syafik ismail dan Faisal Halim dan membawa masuk Engku Syakir dan Zulasyraf. Manakala pada minit ke 75 penjaga gol Terengganu FC terpaksa mengeluarkan Penjaga Gol, Rahadiazli apabila mengalami kecederaan dan membawa masuk Suhaimi Husin.

Walaupun Pasukan Negeri Sembilan FC cuba memberi saingan di hujung saingan, Pasukan Pelawat terpaksa akur gagal menembusi kubu pertahanan tuan rumah dan kedudukan 2-0 berpihak Terengganu FC kekal sehingga tamat.

Comments (2)

  1. Williamfew

    india pharmacy mail order http://indiaph24.store/# pharmacy website india
    Online medicine home delivery

  2. FloydSlino

    mexican pharmaceuticals online: cheapest mexico drugs – buying prescription drugs in mexico online

Leave a Reply