AZAM AZMI DAN HAIRIEY HAKIM TIDAK MENGALAMI KECEDERAAN SERIUS

Kedua-dua pemain pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat yang masing-masing beraksi ketika skuad negara berjaya menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong pada 7 Mei 2022 dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius. Perlawanan tersebut telah berpihak kepada skuad negara pada minit akhir perlawanan melalui seorang lagi pemain dari skuad Terengganu FC II, Nur Azfar yang menjaringkan gol kemenangan untuk memastikan skuad negara memulakan saingan dengan langkah kanan.

Berbalik kepada kecederaan yang dialami oleh kedua-dua pemain iaitu Azam Azmi dan Hairiey Hakim, kedua-dua pemain tidak mengalami kecederaan serius namun selepas menerima laporan dan pandangan doktor perubatan, kedua-dua pemain itu kemungkinan besar tidak akan diturunkan untuk perlawanan seterusnya nanti (bertemu Laos) untuk memberi ruang mereka pulih sepenuhnya. Azam Azmi mengalami sedikit kecederaan di bahagian kepada (concussion) akibat pertembungan di bahagian kepala dan Hairiey Hakim mengalami kecederaan di bahagian buku lali (ankle sprain).

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin yang hadir melawat skuad negara menyatakan samaada pemain ini akan berada dalam pasukan bagi perlawanan seterusnya bergantung kepada kondisi semasa pemain-pemain itu dan sudah pasti skuad negara akan turunkan jika mereka sudah berada di tahap terbaik nanti dan semestinya skuad negara ingin memastikan kedua-dua pemain ini dapat diturunkan bertemu Singapura pada 14 Mei 2022.

Kredit Gambar lawatan :https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial

Leave a Reply