KPAH SHERMAN KEMBALI PERKUAT JENTERA SERANGAN TERENGGANU FC

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain tidak menolak, penyerang utama pasukan ini, Kpah Sherman akan terus berada dalam kesebelasan utama selepas pemain ini digantung satu perlawanan setelah dilayangkan kad merah dalam aksi Liga Super menentang Sarawak United. Sememangnya ketiadaan Kpah Sherman sedikit sebanyak mengurangkan ketajaman pasukan ini di bahagian serangan.

Faisal Halim yang berkemungkinan tidak akan diturunkan sememangnya bakal memberikan impak buat pasukan ini terutama dalam membentuk jentera serangan yang mantap bagi menembusi benteng pertahanan pasukan yang masih cemerlang dengan rekod tanpa kalah di saingan Liga Super Malaysia, Negeri Sembilan FC. Beberapa pemain dilihat mampu memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Faisal Halim antaranya yang dapat dilihat adalah Syafiq Ismail, Engku Nur Shakir dan Rahmat Makasuf.

Seorang lagi pemain sayap yang dibawa masuk sebagai pemain gantian, Hakimi Abdullah juga dilihat berpontensi untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan setelah mempamerkan aksi yang cukup baik bagi perlawanan yang lepas. Namun senarai pemain yang berada dalam kesebelasan utama bagi perlawanan pada malam ini masih menjadi tanda tanya namun begitu apa yang pasti, Nafuzi Zain sudah ada ramuan yang beliau inginkan.

Diharapkan, aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam ini bakal memihak kepada pasukan Terengganu FC kerana ini adalah saingan kalah mati dan Piala FA adalah merupakan salah satu target untuk untuk pasukan ini juarai.


Faisal Halim kemungkinan tidak akan diturunkan


Kpah Sherman positif untuk bantu pasukan untuk mencari kemenangan pada malam ini

Leave a Reply