STATUS KECEDERAAN RAHADAZLI

Penjaga gol muda Terengganu Football Club (TFC), Muhammad Rahadiazli yang mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang pasukan Kedah FA selepas berlaku pelanggaran diantara beliau dan rakan sepasukannya, Babacar Diallo  semasa perebutan bola diudara. Rahadi yang dilihat mengalami kecederaan di bahagian atas dada dan bahu beliau dikeluarkan dalam perlawanan tersebut dan digantikan dengan Ilham Amirullah.

Mengikut apa yang diberitahu oleh pegawai perubatan TFC, status kecederaan yang dialami oleh Rahadi pada ketika ini adalah lebih kepada kecederaan soft tissue namun pemain ini perlu menjalani ujian x-ray terlebih dahulu kerana bimbang ada kecederaan lain yang kita tidak nampak. Jika ianya melibatkan ligamen kemungkinan Rahadi akan berehat sekurang-kurangnya 3 minggu bagi memastikan beliau sembuh sepenuhnya untuk kembali bersama pasukan.

Semestinya penyokong dan rakan sepasukan berharap kecederaan yang dialami beliau tidak serius dan beliau cepat kembali bersama pasukan setelah beliau berjaya mempamerkan aksi yang baik dalam 2 perlawanan awal ini.

Leave a Reply