SANJAR SHAAKHMEDOV PEMAIN YANG MENYERAHKAN SELURUH JIWANYA UNTUK PASUKAN TERENGGANU

Penjaring gol pasukan Terengganu FC (TFC) semalam, Sanjar Shaakhmedov telah terbukti merupakan seorang pemain bola yang mempunyai kualiti yang baik dari pelbagai aspek permainan bola sepak sejak bersama pasukan ini musim lepas. Beliau tidak menunggu lama untuk mencetak nama sebagai penjaring musim ini dengan menjaringkan gol ‘world class’ bagi perlawanan pertama semalam. Walaubagaimanapun, dilihat pasukan Perak FA berjaya menemui turning point buat mereka apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti seterusnya berjaya menyekat momentum dan persembahan TFC selepas itu. Namun bukan itu yang dinilai namun apa yang diperlihatkan oleh Sanjar Shaakhmedov setelah selesai perlawanan semalam ternyata membuktikan beliau seorang pemain yang beraksi dengan sepenuh jiwanya bersama pasukan ini.

Setelah selesai perlawanan, Sanjar yang berjalan ke arah bilik persalinan dengan tangisan teresak-esak menarik perhatian penyokong-penyokong dan petugas yang berada berhampiran dengan ruang pintu masuk pasukan. Beliau yang pada ketika itu semestinya amat terkilan kerana beliau tahu perlawanan pembukaan amat penting bagi diri dan rakan-rakan sepasukannya terutama apabila mereka beraksi dihadapan penyokong sendiri kerana inilah masanya mereka membuktikan kualiti yang ada pada mereka. Namun, sebaliknya berlaku dalam perlawanan semalam dan ini menyebabkan beliau tidak dapat mengawal emosi. Walaubagaimanapun rakan-rakan sepasukan dan pegawai pasukan berjaya menenangkan beliau sepanjang berada di bilik persalinan. Ini adalah permulaan liga tertinggi yang masih panjang, sememangnya permulaan ini agak memeritkan tetapi kita mengharapkan ianya adalah titik untuk kita buka mata untuk melangkah dengan lebih positif, lebih semangat, kerana keputusan penghakhiran liga adalah pengukur segalanya.

 

Leave a Reply