MP AUTO PARTS TRADING SDN BHD MENERUSKAN PENAJAAN BUAT TFC BAGI MUSIM 2020

Terengganu Football Club mula menjalankan kerjasama bersama syarikat MP Auto Parts Trading Sdn Bhd bermula pada tahun 2019. Syarikat ini adalah syarikat yang menjalankan perniagaan membaik pulih dan membekal barangan kenderaan dan merupakan salah sebuah syarikat pembekal dan baik pulih kereta mewah yang terkenal di Terengganu.

Kerjasama penajaan ini termasuklah dari sudut kewangan dan juga paling utama adalah dengan menyediakan servis membaik pulih kenderaan milik TFC, termasuk milik pemain dan pegawai pasukan TFC sendiri dengan kadar dan harga yang sangat istimewa. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan untuk memudahkan urusan tidak kira pihak pengurusan seterusnya pemain-pemain untuk menguruskan kenderaan masing-masing disamping dapat menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Syarikat MP Auto telahpun menunjukkan komitmen yang baik sepanjang tahun 2019 dan ianya adalah perkhidmatan yang sangat baik dan kerjasama ini dilihat sangat positif dan kedua-dua pihak telahpun bersetuju untuk meneruskan kerjasama ini ke tahun ini (2020).

Kami dari TFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MP Auto Parts Trading yang terus berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar TFC! Kepada penyokong-penyokong dan peminat TFC, ada nak baik pulih kenderaan anda? ada nak beli barangan ganti kenderaan anda? Anda tahu kemana yang ingin dituju! ?

 

Gambar sekitar sesi tadatangani kontrak MP Auto Parts Trading

Gambar sekitar sesi tadatangani kontrak MP Auto Parts Trading

 

Gambar sekitar sesi tadatangani kontrak MP Auto Parts Trading

 

Leave a Reply