PREVIEW PERLAWANAN AKHIR SHEIKH KAMAL INTERNATIONAL CLUB CUP 2019

Pertembungan pasukan Terengganu FC dan pasukan tuan rumah, Abahoni Limited ( Chattogram Abahoni Limited ) di pentas Akhir saingan Sheikh Kamal International Club Cup 2019 pada malam ini adalah merupakan aksi kemuncak buat pasukan Terengganu FC sepanjang berada di Bangladesh. Bertemu antara pasukan terkuat di liga Bangladesh ini yang diketuai oleh ketua pasukan pasukan kebangsaan Bangladesh sendiri, ianya semestinya akan memberikan dan perlawanan yang sengit pada malam ini.

Walaupun pasukan TFC membarisi pasukan dengan kebanyakannya pemain-pemain muda, namun semangat juang yang tinggi telah berjaya membawa mereka ke pentas akhir ini. Pasukan TFC yang pada dasarnya membawa pasukan menyertai kejohanan ini adalah keutamaan untuk memberikan pendedahan buat pemain-pemain muda disamping mencari keserasian diatantara kesemua pemain yang ada pada ketika ini. Walaupun ramai pemain utama yang tidak dibawa bersama seperti Kipre Tchetche, Sharin Sapien, Ashari Samsudin, dan TFC juga terpaksa melepaskan Sanjar Shakhmedov yang telah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Uzbekistan, namun pemain-pemain yang ada juga turut menunjukkan kualiti yang ada pada mereka terutama beberapa pemain dari pasukan Terengganu FC IV dan Terengganu FC III.

Perlawanan yang akan berlangsung jam 8.00 malam (Wakut Malaysia) ini boleh ditonton secara livestreaming di laman facebook rasmi Sheikh Kamal International Club Cup. Diharapkan dengan penyertaan ini dapat terus menerus membawa aura positif dalam pasukan TFC bagi persediaan musim hadapan dan semestinya jika berjaya mendapatkan kemenangan pada malam ini, ianya adalah bonus buat TFC.

Skuad Terengganu FC

Skuad Abahoni Limited

Leave a Reply