RED ONE SECARA RASMI SEBAGAI PENAJA UTAMA TERENGGANU FC 2020

Pasukan Terengganu Football Club (TFC) kini rasmi akan mendapat  tajaan  oleh syarikat telekomunikasi, redONE Network Sdn Bhd bermula musim baru iaitu Disember tahun ini. TFC juga turut menempatkan redOne sebagai ‘Platinum Sponsor’ (Penaja Utama) dalam senarai penaja pasukan ini bagi musim hadapan. Majlis menandatangani kontrak perjanjian penajaan tahun 2020 ini telah dilangsungkan di Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan turut dihadiri oleh tetamu VIP PBSNT dan redOne serta media. Pihak PBSNT diwakili oleh Timbalan Presiden PBSNT, Y.B Hishamuddin Abdul Karim, Timbalan Presiden PBSNT, Y.BHG Encik Marzuki bin Sulong, Setiausaha Agung PBSNT, Y.M Tengku Seri Bijaya Raja. Syarikat penaja pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redOne, Encik Farid Yunus dan Ketua Pegawai Jualan (CSO), Encik Ben Teh.

redOne Network Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan salah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Pengendali Maya Mudah Alih (MVNO) pertama yang menyediakan servis Pascabayar dengan menggunakan rangkaian infrastruktur Celcom Axiata yang pantas dan dipercayai. Hari ini, fokus syarikat ini bukan sahaja pada pelan Pascabayar tetapi juga pelan Prabayar agar syarikat ini turut dapat menawarkan produk yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Wakil dari TFC sebelum ini telahpun mengadakan beberapa sesi perjumpaan bersama wakil dari syarikat redOne dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan dan perjanjian yang bakal memberikan kebaikan buat kedua-dua pihak. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redOne, Encik Farid Yunus ternyata berpuas hati dengan segala tawaran aset tajaan dari pihak TFC dan telah bersetuju untuk menjadi penaja utama bagi tempoh satu tahun bermula musim baru (2020). Dalam sidang media sebentar tadi, Farid Yunus turut menyatakan penajaan buat pasukan TFC adalah penajaan terbesar syarikat mereka pernah keluarkan untuk sesebuah pasukan bola sepak dan mereka berkemungkinan tidak akan hanya menaja untuk satu tahun sahaja. Tambah Farid Yunus, penajaan syarikat mereka tidak hanya dalam bentuk tunai namun mereka juga akan membantu TFC dan PBSNT dalam membuat kerjasama dalam menjana ekonomi anak-anak muda di negeri Terengganu.

TFC kini sedang giat untuk mendapatkan lebih banyak syarikat-syarikat penaja yang mampu memberikan sumbangan tajaan buat pasukan ini bagi mengharungin musim hadapan yang dijangka akan lebih mencabar dan semestinya seperti yang kita tahu, perbelanjaan pengurusan pasukan dan sebagainya yang melibatkan pasukan bola sepak di Malaysia bakal terus meningkat dari tahun ke tahun.

Majlis turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Eksekutif PBSNT

Encik Farid Yunos, Ketua Pegawai Eksekutif redONE

 

Encik Ben Teh, Ketua Pegawai Jualan redONE

 

 

Leave a Reply