
KITA PERLU BERSEDIA UNTUK BERAKSI DI PADANG BASAH SABTU INI
Pasukan Terengganu FC yang bakal menentang PJ City FC pada Sabtu ini dijangka akan beraksi di padang basah kerana keadaan cuaca yang dilaporkan sentiasa hujan pada waktu petang di sekitar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.
Pengendali pasukan Terengganu FC, Haji Irfan Bakti menyatakan beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pemain-pemainnya supaya mereka lebih awal bersedia jika pasukan itu terpaksa beraksi dalam cuaca hujan atau padang yang basah.
Ditanya berkenaan pasukan lawan iaitu PJ City FC, Irfan menyatakan kelebihan utama pasukan ini adalah mereka mempunyai pemain-pemain yang memiliki saiz tubuh yang besar dan tinggi dan ini memberikan kelebihan buat mereka terutama dalam perebutan bola diudara dan dalam penguasaan fizikal. Walaubagaimanapun Irfan menyatakan beliau yakin dengan pasukannya walaupun kita antara pasukan yang memiliki pemain yang saiz kurang tinggi namun kelajuan pemain-pemain pasukan Terengganu FC dilihat boleh memerangkap pasukan lawan.
Irfan masih merahsiakan pemain manakah yang bakal diturunkan dalam perlawanan tersebut namun pemain-pemain yang diturunkan dalam perlawanan menentang Felda United dilihat memberikan impak yang baik walaupun akan berlaku pertukaran pemain selepas ini. Irfan menyatakan menyatakan kerjasama diantara pemain adalah faktor utama kemenangan menentang Felda United disamping kembalinya Lee Tuck ke dalam pasukan yang boleh membantu pasukan mendapatkan bola dengan lebih cepat dari pihak lawan dan memberi keyakinan kepada pemain-pemain yang lain untuk tampil lebih agresif. Ketajaman yang ditampilkan Kipre tchetche juga agak melegakan Irfan namun begitu sememangnya dapat dilihat beliau inginkan lebih dari Kipre kerana beliau tahu kualiti yang ada pada penyerangnya itu.