KEMENANGAN INI ADALAH TONIK MEMBANGKITKAN SEMANGAT PEMAIN BAGI AKSI PIALA FA RABU INI

Ketua jurulatih Terengganu FC, Haji Irfan Bakti menyatakan beliau agak risau pada separuh masa pertama kerana pemain-pemainnya dilihat terikut rentak pasukan PJ City FC dan membiarkan pasukan lawan membuka ruang dan bermain dengan sedikit tekanan. Irfan menyatakan jika dilihat dibahagian tengah ia merupakan pertarungan yang adil kerana 5 pemainnya menentang 5 pemain lawan namun jika diteliti beliau melihat ada pemain yang tidak bertugas dan ini memberikan ruang buat pasukan PJ City FC dapat ruang dan mereka berjaya mendapatkan jaringan pada separuh masa pertama. PJ City yang sekali lagi dilihat dibiarkan mendapat ruang untuk membawa bola kedalam kotak penalti namun ketangkasan Nasrullah yang cemerlang berjaya menyekat hampir 6 gerakan merbahaya lawan.

Irfan menyatakan beliau terpaksa mengeluarkan Thierry Chantha Bin bagi membolehkan Lee Tuck lebih berfungsi disamping kemasukan Ashari Samsudin semestinya membawa impak dalam membantu bahagian serangan. Pasukan Terengganu FC yang berjaya menyamakan kedudukan setelah hantaran Khairul Anwar terkena pemain lawan dan bola yang terbias tersebut masuk ke gawang lawan sebelum Kipre Tchetche sekali lagi menjadi peledak buat Terengganu FC dengan menjaringkan gol kemenangan setelah menerima hantaran sekali lagi daripada Khairul Anwar dengan menyudahkannya dengan satu tandukan cantik menewaskan penjaga gol lawan.

Ditanya berkenaan prestasi Kipre Tchetche, Irfan menyatakan beliau sekali lagi berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan Kipre dan baginya, Kipre telah kembali kepada asal iaitu”Kipre yang dahulu”.  Konfiden pemain ini telah kembali dimana beliau berani melakukan gerakan dan rembatan dan ini menunjukkan Kipre sudah kembali mendapat rentak seperti tahun lepas.

Ditanya berhubung perlawanan suku akhir Shopee Piala FA menentang Pahang FA pada Rabu ini, Irfan tidak berselindung menyatakan apabila sudah berada di pentas suku akhir, tiada lagi istilah “pasukan pilihan”. Apabila berada di peringkat ini, semangat pemain dan pasukan adalah ditahap yang berbeza dan boleh dilihat aksi pasukan Terengganu FC di suku akhir Piala Malaysia musim lepas menentang Felda United dan separuh akhir menentang Johor Darul Takzim, semangat mereka adalah luar biasa. Ianya juga adalah merupakan kelebihan apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri dan semestinya kemenangan di tempat sendiri yang kita cari dan elakkan daripada dibolosi pasukan pelawat.

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor