
PENYOKONG TERENGGANU SANGAT LUAR BIASA
PENYOKONG TERENGGANU SANGAT LUAR BIASA
Aura dan semangat penyokong Terengganu FC pada musim ini boleh dikatakan amat luar biasa, itu adalah ungkapan ringkas jika ingin dirumuskan semangat yang ditunjukkan oleh pemain ke-12 Terengganu ini.
Kita bermula dengan agak keputusan perlawanan yang agak sederhana namun kehadiran penyokong yang berterusan yang hampir memenuhi stadium #SSINS pada setiap perlawanan menunjukkan sikap dan semangat yang tinggi daripada mereka untuk melihat pasukan ini terus melangkah kehadapan malah terus positif dalam memberikan semangat buat pasukan yang dilihat hampir karam untuk kembali bangkit mencari kemenangan. Kehadiran penyokong Terengganu FC ke gelanggang lawan pada musim ini juga dikatakan sesuatu yang diluar jangkaan kerana angka bilangan mereka yang semakin ramai dan bertambah.
Ianya tidak terhenti dalam memberikan sokongan kepada pasukan, namun penyokong kita giat memberikan galakan dan sokongan kepada pemain-pemain Terengganu FC melalui akaun-akaun laman sosial mereka khas buat pemain yang dilihat kurang menyerlah dan hampir berputus asa dalam mencari rentak dan hasilnya pemain-pemain ini kembali berdiri dan pandang kehadapan,terus positif untuk perbaiki kekurangan untuk menjadi yan terbaik dalam mengejar kejuaraan.
Kami dari Terengganu FC ingin mengucapkan syabas buat PEMAIN KE-12 Terengganu FC kerana anda telah menunjukkan suatu kualiti untuk sama-sama maju dalam memberikan khidmat buat pasukan! AYUH TERENGGANU kita terus bangkit!
#PemainKe12
#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite