JERSI KETIGA TERENGGANU FC BOLEH DIDAPATI PADA 19 APRIL 2019

Jersi ketiga pasukan Terengganu Football Club (TFC) keluaran syarikat penaja Al-Ikhsan Sports boleh mula didapati pada 19 April 2019 iaitu pada jumaat ini bersamaan dengan tarikh perlawanan Liga Super pasukan Terengganu FC menentang Felda United FC. Jersi ketiga TFC ini menggunakan konsep warna yang lain daripada yang lain iaitu ‘golden yellow’ dan ungu untuk memastikan ianya kelihatan istimewa dan ‘fresh’ dan tidak sama dengan mana-mana jersi yang pernah pasukan Terengganu miliki.

Jika diluar negara kelab-kelab eropah kebiasaannya akan menggunakan alternate jersi ini untuk menempatkan warna yang pelik, jarang atau tidak digunakan oleh pasukan, AL juga ingin membawa konsep tersebut ke dalam pasukan TFC bagi jersi ketiga ini. Seperti contoh Real Madrid menggunakan warna oren, turquoise, Manchester United menggunakan warna merah jambu dan juga Juventus menggunakan warna hijau sebagai warna yang jarang bagi pasukan mereka gunakan.

Jersi ketiga TFC ini juga bakal dijual kepada orang ramai di kesemua butik Al-Ikhsan, Football Republic, TFC Merchandise Store dan juga Turtle Store bermula jumaat ini. Jersi ketiga ini juga mempunyai dua gred iaitu Player Issue dan juga Ultra Fit. Jersi ini akal dijual dengan harga RM99.00 ( Player Issue ) dan RM139.00 ( Ultra Fit ).

 

 

 

 

Leave a Reply