
KEDUA-DUA PASUKAN INGIN MEMBURU KEMENANGAN PERTAMA JUMAAT INI
Setelah mengharungi 3 perlawanan, pasukan Terengganu FC masih lagi belum berjaya mendapatkan kemenangan pertama namun begitu rentak dan kesefahaman dalam pasukan telah mula dapat dilihat dalam perlawanan sebelum ini melawan juara Liga Super 2018, Johor Darul Takzim.
Perlawanan menentang Kuala Lumpur FA pada Jumaat ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dianggap perlawanan yang ingin dijadikan titik pemula untuk pasukan TFC memburu 3 mata dimana pasukan TFC telah bersedia fizikal dan mental dan kesemua pemain berada dalam kondisi terbaik bagi menghadapi perlawanan di tempat lawan. Gandingan Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov dijangka akan terus dapat disaksikan pada perlawanan kali ini dan salah seorang pemain yang mula menempah nama di hati penyokong, Khairul Izuan dijangka akan terus bergandingan bersama Kipre Tchetche di bahagian serangan TFC.
Ketua jurulatih TFC, Haji Irfan Bakti menyatakan beliau yakin dengan anak-anak buahnya mampu untuk memberikan yang terbaik. Kita tidak boleh lagi kehilangan mata pada perlawanan menentang Kuala Lumpur ini kerana kita telah kehilangan mata menentang PKNS FC yang sepatutnya kita berjaya mendapatkan kemenangan kerana beraksi di gelanggang sendiri. Kuala Lumpur FA dilaporkan telah melakukan sedikit rombakan untuk menguatkan pasukan dengan membawa pemain import baharu iaitu bekas pemain remaja England, Luke Woodland yang menggantikan pemain import dari Indonesia Achmad Jufriyanto.
Perlawanan Jumaat ini dijangka akan menjadi sebuah perlawanan yang sengit dimana kedua-dua pasukan ingin turun untuk mendapatkan kemenangan dan semestinya TFC mengharapkan kesemua penyokong Terengganu yang berada berdekatan untuk sama-sama hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan kita.
Sanjar Shaakhmedov akan terus menjadi watak penting sebagai perancang di bahagian tengah Terengganu