KENALI PENAJA TFC 2019 : ADIK PRINT & STATIONERY

Penaja : ADIK PRINT
Nama Penuh Syarikat : ADIK PRINT & STATIONERY

Kami dari Terengganu Football Club akan memperkenalkan kepada semua penyokong kesayangan kami mengenai syarikat-syarikat penajaan yang menaja pasukan TFC pada tahun 2019 ini dari masa ke semasa.

Salah sebuah penaja yang masih kekal setia untuk menaja pasukan TFC pada musim 2019 ini adalah tidak lain dan tidak bukan syarikat Adik Print & Stationery  iaitu sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan percetakan dan membekal alatan sukan. Untuk pengetahuan penyokong, syarikat ini telah mula beroperasi pada tahun 2006 dan diuruskan oleh anak jati Terengganu, Encik Wan Mohd Khaidzir Bin Wan Mohd yang memegang jawatan sebagai Pengurus syarikat ini.

Syarikat ini mempunyai produk seperti jersi bola sepak, jersi hoki, running vest, baju korporat, jaket sukan, bip,
cenderamata berkaitan sukan.

Adik Print mula menjalankan kerjasama bersama pasukan Bola Sepak Terengganu pada tahun 2016 dan kekal sehingga sekarang ( 2 tahun ). Adik Print kini adalah pengeluar ‘nameset’ rasmi Terengganu FC (2019) dan kini keluaran nameset terbaru Adik Print iaitu AP Capristo menjadi jualan paling hangat pada tahun ini.

Kepada semua penyokong dan peminat, ayuh sama-sama kita menyokong produk dan syarikat yang memberikan penajaan kepada pasukan kesayangan kita ini! Kita sama-sama meningkatkan kerjasama antara pasukan dan juga syarikat penaja!

Alamat syarikat : Adik Print & Stationery 1597, Kg Gong Gemia, Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.

 

Leave a Reply