KES IVAN MAMUT BEKAS PEMAIN ASING TERENGGANU FC

Hangat diperkatakan berkenaan kegagalan pihak Terengganu Football Club (TFC) gagal membayar gaji hampir sembilan (9) bulan kepada Ivan Mamut.

Pihak TFC ingin menyangkal dakwaan tersebut. Sumber yang diperolehi bukan dari kenyataan pihak kelab. Bagaimana isu ini boleh dihangatkan sedangkan ianya bukan satu berita yang tepat. Pihak TFC tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada laman sosial mahupun pihak yang mengeluarkan serta menyebarkan.

Untuk makluman, Ivan Mamut telah menandatangani kontrak lanjutan musim 2024 / 2025 pada Disember 2023. Walaubagaimanapun, beliau mengalami kecederaan serius Achilles Tendon sekitar Mac 2024 menyebabkan beliau tidak dapat bermain. Pada bulan April – Mei 2024, pihak TFC sedaya upaya membantu beliau dalam proses pemulihan. Walaubagaiamanpun, beliau berkeras untuk melakukan rehabilitasi di negaranya iaitu Croatia dengan alasan ianya lebih baik. Pihak TFC dan pemain bersetuju dengan terma dan syarat. Namun, setelah tamat rehabilitasi di Croatia, pihak perubatan TFC mendapati kecederaan yang dialami tidak ada perubahan.

Pada bulan Julai 2024, beliau sekali lagi memohon kepada pihak TFC untuk pulang dan ingin melakukan pembedahan serta pemulihan disana sehingga Disember 2024 dengan syarat dan terma dipersetujui.

Pada Januari 2025, beliau melapor diri kepada TFC, dengan harapan ia bersedia untuk dimasukan dalam program latihan bagi baki saingan. Namun, ianya tidak sebagaimana diharapkan kerana ketersediaan pemain dilihat tidaklah cergas sepenuhnya. Musim 2024/2025 beliau tidak mampu menyumbang apa-apa minit kepada perlawanan rasmi Liga Malaysia.

Pihak TFC sentiasa menjaga kebajikan dan sentiasa memberi peluang kepada semua pemain untuk berbincang mendapatkan jalan yang terbaik demi kesejahteraan dan kebaikan pasukan.

Jika ada sebarang perkara yang tidak dijelaskan sama ada gaji dan hal-hal lain, saluran yang betul boleh digunakan sebagaimana termaktub di dalam perjanjian kontrak yang telah dipersetujui serta menunjukan sikap proffesional.

Pihak TFC berharap agar isu ini tidak dimainkan serta digembar gemburkan yang akhirnya memberi tanggapan negatif kepada peminat serta Liga Malaysia secara amnya.

TERENGGANU FOOTBALL CLUB SDN BHD.