
ISU SEKATAN PENDAFTARAN PEMAIN FIFA TERHADAP TERENGGANU FC
Pihak Terengganu Football Club (TFC) mengambil maklum perkara yang ditularkan berkenaan sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA atau FIFA Transfer Ban.
Sepatutnya isu ini tidak perlu dimainkan oleh kerana perkara ini telah diselesaikan sepenuhnya oleh pihak TFC pada April 2025 yang lalu. Ianya melibatkan bekas pegawai asing pasukan dengan TFC apabila timbul sedikit pertikaian berkait bayaran elaun yang melibatkan 5 angka sahaja. Pengesahan penyelesaian penuh telah diperakui FIFA pada 21 April 2025 dan memberi masa lima (5) hari kepada penuntut mengesahkan bayaran. Sepatutnya hal ini tidak timbul oleh kerana tempoh tersebut telah berlalu.
Tempoh jendela perpindahan atau pendaftaran pemain Liga Malaysia belum lagi dibuka dan jangkaan pada Julai 2025 sehingga sepak mula kemungkinan awal Ogos 2025. Pihak TFC sememangnya mengambil maklum dan tindakan segera telah dilakukan walaupun tempoh masa masih panjang.
Segelintir peminat di laman sosial menularkan isu ini yang seolah-olah berniat memburukan reputasi kelab TFC dan yang mengakibatkan tanggapan kurang tepat serta negatif kepada kelab TFC.
Walaubagaimanapun, diharap semua pihak memahami dan jelas dengan prosedur tatacara kes apabila melibatkan FIFA serta penjelasan yang diberikan pihak TFC.
TERENGGANU FOOTBALL CLUB SDN BHD.