TERENGGANU FOOTBALL CLUB BLACK & WHITE DAY 2019

MAJLIS MEMPERKENALKAN JERSI & PEMAIN TERENGGANU FOOTBALL CLUB 2019

Kepada seluruh rakyat Terengganu dan peminat dan penyokong Terengganu Football Club (TFC), dengan ini secara rasminya kami mengumumkan tarikh rasmi bagi Majlis Memperkenalkan Jersi & Pemain Terengganu Football Club 2019 akan diadakan pada 26 JANUARI 2019!

Dengan ini juga pihak kami ingin menwar-warkan, bermula pada tahun ini, majlis atau festival ini akan diberikan nama khas iaitu “TERENGGANU FOOTBALL CLUB BLACK & WHITE DAY” demi membawa aura dan semangat hitam dan putih iaitu warna kebanggaan kita semua ke dalam acara yang akan dianjurkan dengan penuh gilang gemilang ini.

Semestinya penyokong sudah tidak sabar untuk menyaksikan JERSI TERBARU TFC keluaran jenama terkenal tanah air, Al-Ikhsan. Semestinya ianya adalah acara kemuncak pada hari tersebut, namun sebelum menunggu masa dan waktu bagi kemunculan jersi tersebut, peminat dan penyokong yang hadir boleh mengisi masa mereka dengan menyertai segala aktiviti yang pihak kami sediakan!

ANTARA PROGRAM & ACARA PADA HARI TERENGGANU FOOTBALL CLUB BLACK & WHITE DAY :

?‍♂ TFC FUN RIDE ?‍♂
– – – – – – – – – – – – – – – –
( 7.30 PAGI )
Acara kayuhan basikal ini akan bermula jam 7.30 pagi. Program ini *mendapatkan* kerjasama dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dimana anda bukan sahaja berpeluang untuk berjumpa antara pelumba basikal ternama di Terengganu, malah dapat juga menyertai acara cabutan bertuah yang akan dianjurkan oleh urusetia TFC FUN RIDE ini.. Pendaftaran adalah PERCUMA dan peserta yang berdaftar sahaja layak untuk menyertai cabutan bertuah!

? E-SPORT CORNER ?
– – – – – – – – – – – – – – – – – –
( 9.00 PAGI )
Pihak KuppyStation bakal menganjurkan satu pertandingan “Terengganu FC PES 2019 Challenge” dimana 64 orang peserta yang berdaftar bakal berentap bagi merebut kejuaraan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00 dan barangan dari penaja TFC. Pertandingan ini bakal dimulakan kira-kira jam 9.00 pagi pada hari tersebut. Venue pertandingan adalah di Booth KuppyStation di lobi Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

 FUTSALISTA 
( 8.00 PAGI )
Pihak Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBDKT) bakal menganjurkan satu lagi Futsal ( 3 on 3 ) bertempat di padang hoki Kompleks Sukan Gong Badak bermula pada pagi tersebut.

? “PENALTY KING” ?
( 8.00 PAGI )
Pihak Terengganu Amateur League dengan kerjasama Nuovo Art bakal menganjurkan kejohanan Liga Penalti yang akan mengumpulkan 64 pasukan bertanding untuk merebut gelaran sebagai “PENALTY KING” dan pemenang bakall membawa pulang hadiah hampir RM2,200.00. Kejohanan ini berlangsung di Padang Tiruan Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

? FOOD TRUCK ?
( 9.00 PAGI )
Komuniti Food Truck bakal menemui anda pada hari acara. Mereka bakal turun beramai-ramai untuk menyajikan anda dengan pelbagai piilhan makanan dan minuman yang semestinya buat kita rambang mata untuk membeli.

?BLACK & WHITE BOOTH?
( 9.00 PAGI )
Di ruangan lobi Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak akan ditempatkan pelbagai booth termasuk booth jualan barangan bola sepak, booth pameran pasukan TFC, booth penyokong, booth rakan sukan, booth pasukan bola sepak komuniti seterusnya booth para penaja TFC 2019. Semestinya pelbagai aktiviti yang akan dapat anda sertai di kesemua booth dan semestinya banyak cenderahati yang akan dapat anda kumpulkan!

? RUANG TAYANGAN FILEM ?
( 9.00 PAGI )
Di ruangan lobi Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak akan ditempatkan satu ruang untuk pengunjung duduk berehat sambil menonton tayangan filem berkenaan bola sepak dan sebagainya.

– – – – – – –

MENARIK BUKAN? JADI, KEPADA SEMUA PENYOKONG DAN PEMINAT BOLA SEPAK TERENGGANU, APA TUNGGU LAGI 26 JANUARI INI, AYUH SEMUA HADIR KE TERENGGANU FOOTBALL CLUB BLACK & WHITE DAY INI!

 

Poster Majlis Pada 26 Januari 2019 ini

Comments (1)

  1. Williamfew

    indian pharmacy http://indiaph24.store/# buy medicines online in india
    online shopping pharmacy india

Leave a Reply