KIPRE KEKAL SEBAGAI KETUA PASUKAN, IRFAN BAKTI BAKAL MENURUNKAN KESEBELASAN TERBAIK JUMAAT INI

Menjelang perlawanan pertama Liga Super 2019 menentang pasukan PKNS FC, ketua jurulatih Terengganu FC, Haji Irfan Bakti menyatakan beliau bakal menurunkan kesebelasan terbaik memandangkan rata-rata pemain utama berada dalam kondisi terbaik dan bebas dari kecederaan kecuali penjaga gol, Suffian Rahman yang mengalami cedera ringan dan juga pemain pertahanan Amirzafran yang masih dalam proses pemulihan kecergasan.

Ditanya berkenaan ketua pasukan yang akan mengetuai pemain-pemain ditengah padang, Irfan Bakti dengan jelas menyatakan Kipre Tchetche akan kekal sebagai ketua atas pengalaman, dan Kipre antara pemain senior yang berdedikasi dan semestinya beliau boleh mengarahkan rakan-rakan sepasukan dengan baik. Irfan menambah, Lee Tuck bakal menjadi pembantu kepada Kipre untuk memastikan segala perancangan dan strategi pasukan ini dapat diterjemah dengan baik oleh setiap pemain.

Irfan menyatakan, jika dilihat keputusan musim lepas kita mengalami sedikit masaalah apabila bertemu pasukan PKNS FC apabila Terengganu FC hanya seri di gelanggang sendiri dan kalah pada perlawanan kedua di tempat lawan. Irfan juga memberi pesanan kepada pemain-pemain untuk turun Jumaat ini, bermain seperti biasa, jangan tertekan dan berjaya mengawal emosi kerana ketenangan amat penting dalam perlawanan sebenar, ini kerana karektor seperti ini pemain-pemain Terengganu FC berjaya melakukannya semasa latihan dan dengan ini Irfan menyeru mereka untuk mengulanginya pada perlawanan sebenar.

Bertaya tentang penjaga gol yang akan diturunkan, Irfan menyatakan Ilham Amirullah adalah calon utama penjaga gol pada Jumaat ini dan beliau mengharapkan pemain ini dapat menunjukkan kualiti sebenar kerana semua tahu dengan kualiti yang ada pada penjaga gol muda kelahiran Terengganu ini.

Ilham Amirullah calon penjaga gol utama Jumaat ini

 

 

Leave a Reply