TERENGGANU FC III BAWA PULANG BEKALAN 3 GOL DARI KOTA BHARU
Skuad Terengganu FC III (TFC III) petang tadi menamatkan saingan suku akhir pertama saingan Piala Presiden 2018 menentang Kelantan FA dengan jaringan 3-3. Keputusan ini memberi sedikit kelegaan buat pasukan TFC III apabila berjaya mendapatkan bekalan 3 gol di tempat lawan.
Pasukan TFC III pada mulanya beraksi dengan cemerlang pada babak pertama perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kawasan Kelantan dan hasilnya, pada minit ke-37, Samsul Ikram berjaya meletakkan TFC III dihadapan dengan menjaringkan gol pertama buat pasukan. Keputusan separuh masa pertama kekal dengan pasukan TFC III mendahului pasukan tuan rumah dengan jaringan 0-1,
Bersambung babak kedua, TFC III masih mengekalkan corak permainan menyerang dan usaha ini membuahkan hasil setelah penyerang berbisa TFC III Izzan Syahmi meledak gol kedua buat pasukan sekaligus menjarakkan bilangan jaringan dengan pasukan tuan rumah, Kelantan. Selang beberapa minit kemudian pasukan tuan rumah mula mendapat rentak dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-58′ hasil jaringan Nik Azli. Gol ini dilihat menaikkan moral dan semangat pasukan tuan rumah untuk kembali bangkit dan kembali melancarkan serangan balas ke kubu TFC III. Pada minit ke 79′, Mazwan berjaya menyamakan kedudukan buat pasukan Kelantan sebelum Afiq berjaya menambah jaringan buat Kelantan selang 2 minit kemudian menjadikan kedudukan 3-2.
Walaubagaimanapun skuad TFC III tidak mudah berputus asa dan kembali kompak dalam melakukan serangan dan menyusun kembali permainan. Hasil semangat juang yang tinggi pemain-pemain muda Terengganu ini akhirnya berjaya membuahkan hasil setelah Aqil irfanudin berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan.
Perlawanan bagi suku akhir kedua Piala Presiden diantaran pasukan TFC III dan Kelantan FA akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada hari Jumaat ini.
Comments (1)
Alfredo
You actually make it appear really easy
with your presentation but I in finding this topic to be really
something which I think I’d never understand. It seems too complex and very vast for me.
I am looking ahead for your subsequent submit, I’ll try to get the grasp of it!