GABUNGAN PEMAIN BARU MEMBERIKAN KESAN POSITIF BUAT PASUKAN TERENGGANU FC II

Kemenangan pasukan Terengganu FC II (TFC II) dalam aksi menentang pasukan dari Liga Super, Negeri Sembilan FA dalam saingan Piala Cabaran semalam dikreditkan kepada pemain-pemain yang bermain dengan sepenuh hati. Itulah pandangan jurulatih baru pasukan TFC II, Tengku Hazman Raja Hassan mengulas tentang faktor kemenangan pasukannya dalam aksi di Paroi itu.

Dalam aksi Piala Cabaran semalam, TFC II turun sebagai pasukan pelawat menentang Negeri Sembilan yang dilihat sebagai pasukan pilihan bagi Kumpulan A. Perlawanan yang penuh sengit diperlihatkan oleh kedua-dua pasukan apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan sepanjang 90 minit perlawanan. Pasukan TFC II dilihat lebih berjaya dalam mengawal permainan dan sering kali berjaya untuk menutup ruang pasukan tuan rumah  dari melakukan serangan. Kata pengendali baru TFC II, beberapa muka baru yang dibawa masuk ke dalam kesebelasan utama pasukan menunjukkan aksi yang baik dan melakukan tugasan dengan begitu berkesan. Antaranya pemain muda yang dimaksudkan seperti  Muhammad Mohd Fauzi, Amirul Hafizul dan juga Ramzi.

Pasukan TFC II berjaya merobek gawang gol pasukan tuan rumah pada minit ke-46′ hasil jaringan pemain muda, Haidhir Suhaini dan jaringan tersebut kekal hingga tamat perlawanan. 3 Mata berharga ini dijangka akan menjadi tonik dan motivasi terbaik buat pemain-pemain untuk meneruskan saingan ini ke peringkat yang lebih jauh. Walaubagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaiki kerana dilihat pasukan tuan rumah juga berjaya menghasilkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disudahkan dengan baik oleh pemain bahagian serangan mereka.

 

Tengku Hazman Raja Hassan memberikan kredit kepada pemain-pemannya

 

Haidhir muncul wira apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus memberikan 3 mata berharga kepada pasukan Terengganu FC II

 

 

Leave a Reply