TERENGGANU FC AKAN BERAKSI TANPA KELIBAT LEE TUCK DAN THIERRY CHANTHA BIN

Penolong jurulatih Terengganu FC, Mohamad Nik menyatakan ketiadaan Lee Tuck sememangnya akan dirasai oleh pasukan pada malam ini memandangkan pada malam ini dimana pasukan amat memerlukan kemenangan bagi membawa pasukan ini untuk berada dikedudukan terbaik di dalam liga dan Lee Tuck adalah merupakan watak penting sebelum ini dalam membentuk serangan selain sering juga membantu bahagian pertahanan bagi pasukan ini. Ketiadaan seorang lagi pemain iaitu Thierry Chantha Bin juga agak merencatkan perancangan pasukan namun sebelum ini juga pasukan pernah merehatkan pemain tengah yang berasal dari Kemboja ini.

Kedua-dua pemain ini terlepas aksi terakhir pada malam ini akibat pengumpulan kad kuning pada perlawanan-perlawanan sebelum ini menyebabkan kedua-dua pemain ini digantung perlawanan. Walaubagaimanapun pasukan telah membuat persiapan rapi dan telah bersedia untuk menghadapi perlawanan pada malam ini dan antaranya dengan menyenaraikan salah seorang pemain dari Terengganu FC II iaitu Fazirhikwan Bin Mat Rani dalam senarai 18 pemain yang akan diturunkan menentang Selangor FA pada malam ini.

Fazirikhwan belum pernah beraksi bersama pasukan pada musim ini setelah mengalami kecederaan dan kini beliau telah pulih sepenuhnya untuk beraksi. Pemain muda yang beraksi sebagai pemain tengah ini dibawa bagi persediaan dan mengisi kekosongan setelah Terengganu FC hilang dua tonggak pemain tengah bagi aksi pada malam ini.

 

Fazirhikwan Bin Mat Rani berkemungkinan disenaraikan dalam 18 orang pemain yang akan diturunkan

Leave a Reply