KAMAL TETAP PUJI KOMITMEN DAN USAHA YANG DITUNJUKKAN OLEH PEMAIN-PEMAIN UNTUK MEMENANGI PERLAWANAN, NAMUN KEPUTUSAN PERLAWANAN TIDAK MEMIHAK KEPADA TERENGGANU FC II

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC II (TFC II), Mustaffa Kamal Abdul Wahab menyatakan beliau tetap berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh anak-anak buahnya dalam perlawanan terakhir menentang pasukan MISC-MIFA semalam walaupun tewas dengan jaringan 1-2. Kamal menyatakan setelah pasukannya mendahului, gol penyamaan kontroversi dari pasukan lawan lah yang mula merubah momentum perlawanan pada malam itu. Beliau juga menyatakan agak sukar bagi sesebuah pasukan apabila ketinggalan jaringan pada pasukan yang dalam keadaan selesa dan kita dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan gol.

Pada perlawanan semalam, pasukan TFC II mendahului melalui jaringan Akanni Sunday pada minit ke-57 namun selang 2 minit pasukan MIFA berjaya menyamakan kedudukan melalui L’Imam Seydi sebelum Kpah Sherman menyumbang gol kedua buat MIFA pada minit ke-76. Walaupun pasukan TFC II telah melakukan serangan bertali arus ke gawang MIFA sehingga minit-minit akhir perlawanan namun dilihat nasib tidak menyebelahi TFC II apabila gagal untuk menemui jaringan seterusnya selain ketangkasan pertahanan lawan dalam mengawal pemain di bahagian serangan TFC II.

Ditanya berhubung dengan isu desakan penyokong yang meminta ketua jurulatih pasukan TFC II untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih, Kamal menyatakan baginya itu adalah bergantung pada pihak pengurusan  untuk menamatkan khidmat beliau atau tidak, dan beliau akan terus menjalankan mandat sebagai jurulatih pasukan ini sekiranya masih diberikan kepercayaan. Beliau menyatakan hubungan diantara pemain, staf kejurulatihan dan pengurusan TFC II adalah sangat baik dan tidak ada sebarang perkara negatif dalam skuad kendaliannya seperti yang digembar gemburkan orang ramai. Beliau juga menyatakan kita perlu sedar matlamat utama TFC II adalah untuk menjadi pasukan yang mengeluarkan atau menyumbangkan pemain yang terbaik kepada pasukan Terengganu FC (TFC). Berhubung dengan prestasi pasukan yang tidak menentu, beliau menyatakan pada satu ketika apabila pasukannya berada dalam momentum baik setelah memenangi beberapa perlawanan, namun apabila terdapat beberapa pemain utama yang terpaksa dipinjamkan ke pasukan Terengganu FC, ia menyebabkan momentum itu terbantut dan beliau terpaksa membina balik kesebelasan utama terbaik dengan pemain yang ada untuk menentang pasukan lain yang sudah kekal dengan pemain-pemain yang selalu mereka gunakan. Walaubagaimanapun bagi beliau itulah tugas kewujudan TFC II untuk membekalkan pemain terbaik untuk pasukan utama dan tugasan beliau adalah untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan tersebut.

 

Leave a Reply