RANGKUMAN PERLAWANAN UNIFI LIGA SUPER : TERENGGANU FC VS PKNP FC

 

 

Misi skuad kendalian Haji Irfan Bakti untuk menebus kekalahan di Ipoh tempoh hari tercapai pada malam ini selepas skuad Terengganu FC berjaya menundukkan PKNP FC dengan jaringan 2-1.

Pasukan Terengganu FC malam ini terpaksa beraksi dengan hanya menggunakan 4 orang tenaga pemain import selepas Igor Zonjic digantung satu perlawanan atas kad kuning yang terkumpul. Tempat yang ditinggalkan Zonjic diambil alih oleh Amirzafran yang membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama. Amirzafran dan Nasrullah berjaya menjalankan tugas dengan baik mengawal duo penyerang merbahaya PKNP FC.

Pujian juga buat penjaga gawang TFC, Suffian juga berjaya melakukan tugasan dengan baik dengan menyelamatkan hampir 3 peluang gol terbuka pasukan lawan.

Gol pertama TFC dijaringkan oleh Kipre Tchetche dan disusuli dengan jaringan oleh Lee Tuck 3 minit kemudian. Gandingan Do Dong bersama Kipre dilihat semakin berkesan dalam merangka serangan dengan lebih baik.

PKNP FC memperoleh gol saguhati melalui tandukan Kim Sangwoo di akhir perlawanan.

Kemenangan pada malam ini dikatakan  tujukan khas buat penyokong-penyokong setia TFC yang kekal menyokong pasukan ini dan 3 mata pada malam inj juga adalah merupakan hadiah Hari Raya buat penyokong!

Leave a Reply