RANGKUMAN PERLAWANAN PKNP FC MENENTANG TERENGGANU FC

Kekalahan kedua berturut-turut buat pasukan Terengganu FC semalam dilihat sebagai satu amaran agar pasukan tidak terus berasa selesa atas kemenangan 3 perlawanan sebelum ini. Dalam aksi perlawanan Unifi Liga Super semalam, pasukan Terengganu FC terpaksa tunduk kepada pasukan tuan ruman, PKNP FC apabila tewas dengan jaringan 2-1 dengan aksi agak kontroversi dari pasukan tuan rumah pada separuh masa kedua.

Terengganu FC mendahului dengan jaringan Kipre Tchetche selepas menerima hantaran satu dua Do Dong Hyun dan Malik Ariff pada minit ke-29. Terengganu FC berjaya mengaturkan serangan bertali arus dalam memburu gol seterusnya namun peluang yang diperolehi tidak berjaya diterjemahkan kepada jaringan buat pasukan. Memasuki separuh masa kedua, pasukan PKNP FC berjaya memperoleh sepakan penalti dan disempurnakan oleh Shahrel Fikri pada minit ke-51 menjadikan kedudukan seri 1-1.

Terengganu kembali mengatur serangan bagi mencari jaringan seterusnya namun usaha pasukan dikejutkan dengan gol buat pasukan tuan rumah setelah break attack yang dilakukan PKNP FC dan disudahi dengan satu rembatan cantik sekali lagi dari penyerang berbisa mereka, Shahrel Fikri pada minit ke-60. Selepas PKNP memperoleh gol kedua, Terengganu FC ingin kembali bangkit untuk membina semula serangan namun perlawanan menjadi semakin perlawanan setelah ramai pemain dari pasukan tuan rumah mengalami kecederaan yang menyebabkan lebih dari sepuluh kali perlawanan terpaksa dihentikan sekaligus melambatkan tempo perlawanan dan masa.

Pasukan Terengganu FC terpaksa akur dengan pulang tanpa sebarang mata ke Terengganu namun Sabtu ini adalah peluang buat Terengganu FC untuk mendapatkan kembali 3 mata berharga apabila sekali lagi akan bertemu PKNP FC kali ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu dihadapan ribuan penyokong sendiri.

Comments (1)

  1. Wow, awesome blog layout! How long have you been blogging for?
    you make running a blog look easy. The whole look
    of your site is excellent, let alone the content material!
    You can see similar here e-commerce

Leave a Reply