RANGKUMAN PERLAWANAN UNIFI LIGA SUPER TERENGGANU FC MENENTANG MELAKA UNITED

 

Terengganu FC berjaya mendapatkan kemenangan ketiga berturut-turut pada malam ini sekaligus berjaya memungut 3 mata berharga pada perlawanan kali ini.

Terengganu FC berjaya menundukkan Melaka United dengan jaringan 1-0 selepas usaha keras ditunjukkan oleh pemain-pemain apabila pasukan Melaka United dilihat lebih banyak bertahan dgn menempatkan hampir 6 orang remain di bahagian  pertahanan setiap kali Terengganu FC membuat serangan. Keadaan ini menyukarkan jentera serangan Terengganu FC yang diketuai Kipre Tchetche.

Terengganu FC berjaya memecah kebuntuan setelah kemasukan ‘The Silent Killer’, Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Malik Arif pada separuh masa kedua. Ashaari tidak menunggu lama untuk muncul sebagai penjaring apabila melakukan satu ‘volley’ cantik menewaskan penjaga gawang Melaka, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-60.

Pasukan Terengganu FC meningkatkan serangan melalui Faiz Nasir, Bruno dan Kipre namun tidak berjaya menambah jaringan buat pasukan tuan rumah.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dengan jaringan 1-0 dan ini juga adalah merupakan perlawanan ketiga tanpa bolos buat penjaga gawang Terengganu, Wan azraie Wan Teh.

Statistik Perlawanan

 

Leave a Reply