Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Central Coast Mariners
Perlawanan Piala AFC 2023 di antara pasukan tuan rumah Terengganu FC menentang Central Coast Mariners daripada juara Liga Australia musim lalu,Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan seratus peratus kepada skuad kendaliannya untuk bagi menghadapi perlawanan pertama bagi peringkat kumpulan G untuk Piala AFC 2023 pada malam ini.
Sepak mula perlawanan menujukkan kedua-dua pasukan cuba mengorak langkah bagi mencari jaringan awal dan memberi peluang kepada pasukan pelawat pada minit ke 15’ selepas satu sama satu berjaya dihalang oleh penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin. Seterusnya pasukan Terengganu FC cuba mendapatkan peluang selepas rembatan Hakim Hassan sedikit tersasar ke tiang gol. Dua minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan pasukan pelawat dihukum selepas pemain Central Coast Mariners, Nathan Paul telah melakukan kesilapan dengan jaringan sendiri dan menjadikan jaringan Terengganu FC (1) (0) Cetral Coast Mariners pada separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC terus mengawal perlawanan apabila rembatan Sony Norde berjaya dihalang oleh penjaga gol, Daniel Vukovic. Pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Adisak Kraison dan mengeluarkan Hakim Hassan. Pasukan tuan rumah cuba mencari jaringan penyamaan untuk separuh masa kedua namum tidak berjaya apabila pertahanan tuan rumah cemerlang untuk menidakkan pasukan pelawat bagi memencahkan jaringan dan memberi kejayaan buat pasukan Terengganu FC bagi aksi Piala AFC 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal dengan jaringan Terengganu FC (1) (0) Central Coast Mariners.