Ulasan Perlawanan Selangor FC Melawan Terengganu FC
Suku akhir kedua bagi Aksi Piala Malaysia 2023 di antara pasukan Selangor FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dimana pasukan Terengganu FC membawa bekalan dengan dua jaringan apabila pasukan Terengganu FC berjaya menandingi pasukan Selangor FC untuk perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini. Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengekalkan barisan pemain utama yang sebelum ini digunakan bagi menentang pasukan Selangor FC.
Tiupan permulaan daripada pengadil perlawanan diberi kepada pasukan Selangor FC dimana kedua-dua pasukan sememangnya mencari rentak bagi mencari jaringan awal. Pasukan Selangor FC cuba memberi tekanan kepada pasukan Terengganu FC selepas larian Faisal Halim memberi ruang dan tidak berjaya apabila pertahanan Terengganu FC cuba untuk menidakkan peluang tersebut. Seterusnya selang satu minit pasukan Terengganu FC mempunyai peluang keemasan selepas hantaran Habib Haroon memberi tandukan kepada penyerang, Ivan Mamut dan tidak berjaya.
Seterusnya sekali lagi peluang keemasan buat pasukan Terengganu FC tidak disia-siakan selepas Hakim Hassan dikasari didalam kotak penalti memaksa pengadil perlawanan untuk memberi sepakan penalti kepada pasukan Terengganu FC dan pasukan tuan rumah terus dihukum dengan jaringan Selangor FC(0) (1) Terengganu FC , Ivan Mamut pada minit ke-23. Terengganu FC terpaksa membuat satu pertukaran awal selepas Engku Shakir mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan permainan sekaligus memberi peluang kepada Omid Nazari untuk beraksi bagi menggantikan Engku Shakir. Pasukan tuan rumah cuba mencari gol penyamaan, namum gagal dan tamat perlawanan untuk separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Selangor FC terus mengorak langkah bagi mencari jaringan penyamaan apabila membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Mukhari Ajmal, Yazab Al-Alarab dan mengeluarkan Brendan Gan, Boakye- Yiadom. Tindakan seterusnya buat pasukan Terengganu FC melakukan pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif,Syahmi Zamri dan mengeluarkan Ivan Mamut,Hakim Hasan. Namum kelalaian pasukan Terengganu FC telah memberi peluang kepada pasukan tuan rumah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 selepas sepakan penjuru berjaya dijaringkan oleh Safuwan Baharudin, menjadikan jaringan Selangor FC (1)(1) Terengganu FC untuk separuh masa kedua. Kedua-dua pasukan cuba memberi persembahan terbaik untuk perlawanan pada malam ini dengan sekaligus memberi peluang kepada pasukan Terengganu FC untuk melayakkan diri pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 dengan lebihan jaringan di halaman sendiri dengan keputusan agregat Selangor FC (1) Terengganu FC (3)