Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Kuching City FC

Pertembungan aksi Liga Super Malaysia 2023 Terengganu FC menentang Kuching City FC dimana pasukan tuan rumah mencatatkan 2 kemenangan sebelum ini dan berjaya mengutip mata penuh apabila bertemu pasukan Kelantan United FC dan TRW Kelantan FC. Aksi perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan Terengganu FC membuat sedikit pertukaran dengan membawa masuk Faiz Nasir bagi mempekukuhkan dibahagian tepi dan menggunakan Agzim Redzovic di bahagian pertahanan selepas Sardor Kulmatov mengalami kecederaan.

Pasukan tuan rumah cuba mengasak pihak lawan dengan mencari jaringan awal pada minit ke-17 apabila Azam Azmi dikasari didalam kotak penalti dan pengadil perlawanan memberi keputusan untuk sepakan penalti, namun tidak berhasil apabila gagal disudahi oleh Habib Haroon. Seterusnya pasukan tuan rumah cuba tebus kesilapan dan berusaha untuk mencari gol, apabila pemain Adisak Kraison mudah untuk memasukki ke dalam kotak penalti dan memberi kepada Jordan Mintah bagi menjaringkan gol pertama. Pasukan tuan rumah cuba mendapatkan jaringan kedua apabila rembatan kencang Ivan Mamut terkena tiang dan tidak berhasil. Kuching City FC cuba mencari gol penyamaan namum buntu dan memberikan pasukan Terengganu FC ( 1 ) ( 0 ) Kuching City FC pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua pasukan tuan rumah membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Syafik Ismail dan mengeluarkan Faiz Nasir. Pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan kepada pasukan pelawat apabila hantaran Habib Harun menjadi dan sekaligus memberi gol kedua buat Jordan mintah dan pasukan Terengganu FC pada minit ke-52. Terengganu FC membuat satu lagi pertukaran dengan membawa masuk Hakimi Abdullah dan Domagoj Pusic dan mengeluarkan Pemain import Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn. 4 minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan memberi pasukan tuan rumah berjaya mengutip 3 mata penuh 3 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan jaringan Terengganu FC ( 2 ) ( 0 ) Kuching City FC untuk aksi Liga Super Malaysia 2023.

Leave a Reply