EUREKA DRINKS MINUMAN PRESTASI RASMI TERENGGANU FOOTBALL CLUB 2023

Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada hari ini telah mengumumkan secara rasminya berkenaan kerjasama penajaan bersama Eureka Drinks iaitu jenama minuman prestasi ( Performance Drinks ) bagi tahun 2023.

Eureka Drinks telah menandatangani kontrak penajaan dalam bentuk kewangan dan juga barangan buat Terengganu FC dengan nilai RM 50,000.00 bagi tempoh 1 tahun. Pengarah Urusannya, Encik Fadzrul Dullie menyatakan kelab Terengganu FC bakal menjadi satu-satunya kelab di Malaysia yang akan menjadi rakan rasmi mereka da beliau yakin kerjasama ini bakal memberi impak besar untuk kedua-dua pihak kerana baginya kelab Terengganu FC adalah merupakan salah sebuah kelab terbesar di Liga Malaysia yang mempunyai peminat fanatik seterusnya melihatkan pengurusan kelab sentiasa bergerak secara profesional dan syarikat beliau pula mempunyai produk yang hadir dengan kualiti yang cukup baik dan berkualiti bertepatan dengan status kelab yang ditaja ini.

Dengan mengenakan cogan kata “Your Eureka Moment”, Eureka Drinks adalah produk tempatan tetapi mempunyai kualiti setanding dengan syarikat-syarikat global dan kini produk ini juga telah menembusi pasaran antarabangsa dan kini telah berada di 5 negara iaitu Brunei, Oman, UAE, Singapore dan China.

Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, En Ab Rasid Jusoh menyatakan kerjasama ini dilihat dapat membantu kelab ini dari sudut kewangan dan keperluan minuman prestasi dan beliau yakin Terengganu FC juga dapat membantu menaikkan lagi nama Eureka Drinks kerana kelab ini mempunyai penyokong yang ramai dan para penyokong Terengganu FC adalah penyokong yang sentiasa menyokong usaha kelab termasuk membeli barangan-barangan penaja kelab serta turut mempromosikan barangan syarikat penaja.

Leave a Reply