TERENGGANU FC VS RAJPRACHA FC

Perlawanan Pramusim pertama bagi pasukan Terengganu FC semestinya yang berlangsung di, Grakchu Sai Mai, Stadium Bangkok pada petang ini, antara pasukan Terengganu FC menentang Rajpracha FC sekaligus melakukan persediaan bagi menghadapi Liga Super yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, memberi kepercayaan kepada dua pemain import Jordan Mintah dan Argzim Redzovic bagi perlawanan pertama untuk aksi pada petang ini semestinya memberikan peluang kepad Mintah dan Argzim untuk menjadi rebutan dengan memiliki skuad utama pasukan Terengganu FC.

Manakala Pasukan Division 2 Rajpracha FC juga menurunkan kesemua pemain utama mereka bagi menghadapi pasukan Terengganu FC untuk perlawanan persahabatan ini.

Sepak mula menunjukkan pasukan Terengganu FC mempunyai beberapa peluang bagi menjaringkan gol apabila tandukan mintah berada dikedudukan offside dan tidak berhasil untuk mendapatkan jaringan pertama,dan memberikan keputusan seri ( 0-0 ) pada separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua Terengganu FC berjaya membolosi pertahanan Rajpracha FC apabila tendangan Zulaysraff berjaya memberi jaringan pertama buat pasukan Terengganu FC pada minit ke-49. Selang beberapa minit pasukan Rajapracha FC berjaya mencari gol penyamaan apbila pemain Rajpracha FC berjaya melakukan pergerakan satu dua dan sekaligus memencah benteng pertahanan Terengganu FC pada minit ke 55 dengan jaringan 1-1.

Pada minit ke 68 Terengganu FC membuat semua pertukaran antara stratergi yang diberikan oleh Ketua Jurulatih, Tomislaz Steinbruckner antara bayangan skuad utama buat pasukan Terengganu FC dengan menurunkan kesemua pemain-pemain import pada separuh masa kedua. Tekanan diberikan oleh pasukan Terengganu FC mempunyai peluang baik Oleh Pusic, namum tidak berhasil apabila rembatan kencang beliau terkena palang, 5 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan memaksa untuk kedua-dua pasukan memberi keputusan seri dengan jaringan 1-1

Leave a Reply