NAFUZI ZAIN SUDAH MEMERHATIKAN SANJAR SHAAKHMEDOV SEJAK 2016

Ketua jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain tidak menyembunyikan dengan menyatakan sememangnya beliau yakin kehadiran pemain kebangsaan Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov ke pasukan TFC pada tahun 2019 akan membawa impak buat pasukan ini bukan hanya untuk satu tempoh yang singkat tetapi mungkin untuk 2 hingga 3 tahun kesannya akan dapat dilihat.

Sanjar Shaakmedov bagi Nafuzi Zain adalah seorang pemain yang bermain bola sepak dengan menggunakan kebijaksanaan otaknya. Pemain ini pandai mengawal tempo permainan beliau  dan pemain ini tahu bila waktu yang sesuai untuk melakukan larian dan keperluan beliau untuk berada di sesuatu tempat yang akan memudahkan pemain lain membuka permainan dan melakukan hantaran. Selain mempunyai vision dalam menghantar bola yang sangat baik, Nafuzi juga tidak menafikan Sanjar antara pemain yang mempunyai teknik  yang sangat baik terutama dalam menjaringkan gol dari jarak jauh dan pemain ini sudah membuktikannya ketika bersama TFC pada tahun lepas. Bagi Nafuzi ianya adalah seperti satu kelebihan mempunyai pemain seperti Lee Tuck dan juga Sanjar yang kedua-duanya mempunyai teknik yang sangat baik terutama dalam melakukan jaringan dari jarak jauh dan perkara ini sebenarnya sangat diperlukan dalam sesebuah pasukan kerana mana-mana pasukan di dunia perlu ada tactical-wise yang membolehkan mereka menjaringkan gol dari pelbagai cara dan bukan sahaja apabila kerana pasukan anda mempunyai penyerang yang baik.

Nafuzi turut menyatakan, beliau sebenarnya telah melihat aksi Sanjar bersama pasukan Lokomotiv Tashkent pada tahun 2016 semasa beliau ke Uzbekistan bersama barisan peneliti pemain untuk pasukan PBDKT T-Team (T-Team FC) pada ketika itu. Pada ketika itu Sanjar yang beraksi bersama pasukan elit negara tersebut dan merupakan pasukan juara di liga utama Uzbekistan itu telahpun menunjukkan aksi yang sangat baik. Sanjar menjadi pemain yang diibaratkan antara nadi  bagi pasukan itu dan nama Sanjar juga telah di senaraikan oleh Nafuzi antara calon yang sangat baik untuk beraksi di Liga Malaysia. Namun begitu harga pemain ini yang pada ketika itu agak tinggi dan pemain ini juga telahpun dirisik oleh salah sebuah kelab besar dari liga Qatar sekaligus menutup peluang untuk membawa pemain ini ke Terengganu.

Pada akhir tahun 2018, Nafuzi sekali lagi ke Uzbekistan sebagai panel peneliti pemain untuk pasukan TFC dan kali ini menemukan sekali lagi beliau dan Sanjar Shaakhmedov. beliau mengikuti 2 perlawanan yang melibatkan pemain ini dan kali ini beliau betul-betul yakin, pemain ini bakal membawa impak kepada pasukan TFC. Sanjar antara pemain terbaik bagi pasukan yang diwakilinya pada tahun itu turut telah menyatakan beliau  berminat untuk beraksi di Malaysia kerana beberapa rakannya pernah beraksi di sini dan pernah tinggal di Terengganu dan mereka menyatakan banyak perkara positif yang bakal beliau perolehi disini. Sanjar pada ketika itu turut mendapat beberapa tawaran besar dari kelab Qatar telah memutuskan untuk mencuba cabaran baru di Malaysia.

Tidak dinafikan Sanjar Shaakhmedov adalah seorang pemain yang menyerahkan seluruh jiwanya untuk bermain bola sepak dan itulah kadang kala penyokong dan peminat dapat melihat beliau marah dan tidak dapat mengawal emosi ketika aksi awal musim tahun lepas bersama pasukan ini. Sanjar pernah menyatakan jika tiba hari perlawanan, beliau terus akan memfokuskan apa yang beliau ingin lakukan di padang dan apa yang ketua jurulatih inginkan pada perlawanan malam nanti. Beliau juga pernah menyatakan beliau tidak akan memutuskan mood perlawanan beliau dengan perkara remeh seperti ketika sesampainya di stadium, merakam suasana stadium  dengan menggunakan telefon bimbit beliau kerana baginya itu tidak perlu. Beliau menyatakan “ianya tidak salah, tetapi saya bukan orang yang seperti itu”. Apa yang diluahkannya kedengaran agak klasik bagi sesetengah orang tetapi ia menunjukkan jiwa beliau dalam bola sepak adalah berbeza.

Sanjar dilihat sangat berpuas hati dan gembira berada di Terengganu dan beliau juga dan dilihat kini  seperti merasakan apa yang pasukan ini usahakan sama dengan beliau inginkan melalui bola sepak dan semestinya mendapatkan kejuaraan bersama pasukan ini adalah sesuatu yang sangat diingingkannya. Ianya tidak mustahil jika TFC terus diberi peluang dalam membentuk sesuatu yang baru seperti yang diterapkan oleh pengendali kini, Nafuzi Zain. Ianya mungkin mengambil masa tetapi dilihat akan kelak berjaya.

 

Sanjar antara nadi utama bagi pasukan gergasi Uzbekistan, Lokomotiv Tashkent

 

Nafuzi Zain ketika berada di Uzbekistan untuk meneliti pemain di sana

 

Terengganu Football Club on Twitter: "Kemasukan Azalinullah pada ...

Sanjar Shaakhmedov mahu fokus bantu TFC pada musim 2020

 

 

Leave a Reply