
AZALINULLAH PEMAIN FUTSAL YANG BERHIJRAH KE SUKAN BOLA SEPAK
Muhammad Azalinullah bin Mohammed Alias, pemain tengah pasukan Terengganu Football Club (TFC) yang lebih dikenali sebagai Azalinullah kini baru memasuki usia 24 tahun. Dengan usia yang masih dikategorikan sebagai pemain muda, ramai yang tertanya-tanya tentang latar belakang pemain ini yang dilihat mempunyai gaya permainannya tersendiri apabila beraksi di tengah padang.
Azalinullah menceritakan beliau mula berminat dengan bola semenjak kecil namun hanya seperti kanak-kanak lain, hanya sekadar minat menyaksikan dan belum ada perasaan untuk menjadikannya sebagai karier. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau mula mencuba sukan futsal dan semenjak itu beliau sememangnya gilakan futsal dan bapanya menjadi orang yang paling utama dalam memberikan dorongan dan galakan kepadanya untuk mencuba lebih jauh dalam sukan ini. Bapanya akan menghantarnya setiap hari untuk menjalani latihan futsal dan akan membawa beliau ke mana-mana pertandingan futsal yang dianjurkan.
Azalinullah didaftarkan ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman bermula tingkatan 1 dan beliau memasuki sekolah ini ‘atas tiket’ sebagai pemain bola sepak namun beliau menyatakan pada ketika itu beliau bermain bola sepak (padang) hanya seperti suka-suka dan minatnya masih mendalam dengan sukan futsal dan ketika itu beliau masih dan sangat aktif dalam menyertai pertandingan futsal. Semasa beliau berumur 15 tahun, beliau telah dipilih untuk mewakili sekolahnya ke pertandingan bola sepak sekolah kluster di Perlis dan beliau adalah pemain yang paling muda beraksi dalam kesebelasan utama pasukan di pertandingan tersebut. Beliau terus mendapat tawaran untuk ke Sekolah Sukan Bandar Penawar selepas itu namun beliau menolak kerana masih memilih untuk menggerakkan karier beliau dengan sukan futsal.
Semasa akhir tingkatan 3, Azalinullah telah mendapat pemilihan untuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) bagi sukan bola sepak namun beliau pada ketika itu masih teragak-agak kerana beliau tidak terlalu minat dengan bola sepak dan sayang untuk meninggalkan futsal. Namun atas nasihat dan semangat yang diberikan oleh keluarganya, Azalinullah menerima tawaran pemilihan dan beliau telah diterima masuk ke SSBJ. Bermula dari situ, beliau mula terbuka rasa cinta terhadap bola sepak dan mula ada rasa untuk pergi lebih jauh dalam sukan ini seterusnya menjadikan ia sebagai karier beliau.
Semasa akhir tahun tingkatan 4, Azalinullah telah dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Muda C (U19) dan dari situ beliau mula mempamerkan aksi yang baik bersama pasukan tersebut. Ianya jarang dapat dilihat pada ketika itu pemain bola sepak yang bermain dengan gaya hantaran-hantaran pendek namun Azalinullah berjaya menampilkannya dan beliau berjaya menjadi salah seorang pemain yang menyerlah. Namun, belum sempat beliau menapak lebih jauh, ketika berumur 19 tahun, Azalinullah ditimpa kecederaan yang paling tidak dimahukan oleh mana-mana pemain iaitu kecederaan pada anterior cruciate ligament (ACL). Beliau menyatakan seperti merasa masa depannya sudah gelap pada ketika itu kerana beliau tahu kecederaan ACL ini adalah kecederaan yang bukan senang untuk membolehkan beliau kembali bermain bola sepak. Namun beliau selalu mendapat kata-kata semangat dari ibunya dan beliau menjadikan ia motivasi untuk kembali beraksi dan beliau menjalani operasi rawatan dengan penuh semangat untuk membolehkan beliau kembali bermain bola sepak.
Semasa berumur 20 tahun beliau telahpun pulih sepenuhnya dan namanya telah disenarai oleh Nafuzi Zain yang pada ketika itu mengendalikan skuad piala presiden T-Team FC. Beliau beraksi hampir kesemua perlawanan bersama pasukan itu dan beliau telah membantu pasukan ini menjadi naib juara pada kejohanan Piala Presiden dan namanya telah disenaraikan untuk menyertai pasukan senior yang pada ketika itu dikendalikan oleh ketua jurulatih dari Indonesia, Rahmat Darmawan. Namun setelah pasukan ini digabungkan, beliau memilih untuk mencari pengalaman di luar Terengganu dan beraksi bersama pasukan PJ Ranger sebagai pemain pinjaman. Pada ketika beliau berasama PJ Ranger, undian bagi pertandingan Piala FA telah menemukan pasukan beliau dengan pasukan Terengganu FC dan dari situ beliau bertemu Irfan Bakti dan bekas jurulatihnya Nafuzi Zain yang menguruskan pasukan Terengganu pada ketika itu.
Melalui perlawanan itu, Irfan telah meletakkan nama beliau sebagai calon pemain yang ingin beliau bawa untuk beraksi bersama Terengganu dan pada tahun 2019 Azalinullah pulang untuk beraksi bersama TFC. Namun malang sekali lagi menimpa beliau apabila sekali lagi beliau mengalami kecederaan ACL pada kaki yang sama dan beliau merasakan amat sedih dan seakan-akan ingin berputus asa kerana belum sempat beliau membuktikan kebolehannya namun malang ini menimpa beliau. Namun kali ini beliau memegang kata-kata yang selalu dimainkan oleh ibunya “perancangan Allah itu hebat” dan beliau terus melakukan operasi serta rehab pada tahun tersebut agar beliau dapat kembali bermain dan beraksi dan usaha beliau berbaloi kerana beliau berjaya kembali cergas dalam masa yang cepat.
Skuad TFC 2020 yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain sememangnya dilihat sebagai “skuad fresh” dimana ramai pemain muda dan muka-muka baru yang dilihat berada dalam pasukan ini. Ianya jarang dilakukan oleh Terengganu namun bagi Nafuzi rombakan seperti ini adalah perlu dan beliau berani mengambil risiko dalam membentuk pasukan baru yang boleh bermain dengan apa yang beliau inginkan. Permulaan semestinya sukar namun apabila sudah mempunyai teras yang baik, impak pasukan ini akan dapat kita saksikan dalam jangka masa panjang. Dalam senarai yang dikeluarkan Nafuzi Zain, nama Azalinullah antara nama yang terawal beliau senaraikan untuk berada dalam skuad musim 2020. Semestinya kepercayaan yang dipertaruhkan oleh pengendali TFC terhadap pemain ini sangat besar dan Azalinullah dilihat sedang mencuba untuk memastikan kepercayaan yang dipertaruhkan oleh jurulatih beliau ini berbaloi.
Azalinullah menjalani latihan bersama pasukan Harimau Muda C (U19)
Azalinullah bersama rakan-rakan sepasukan di Harimau Muda C (U-19)
Azalinullah membantu TFC menjuarai Sheikh Kamal International Club Cup di Bangladesh pada tahun 2018
Azalinullah bersama rakan sepasukan di TFC musim 2020
Azalinullah bersama rakan sepasukan di TFC musim 2020
Comments (10)
Mickey
Wow, superb weblog layout! How lengthy have you ever been running a blog for?
you made running a blog look easy. The full glance of your site is
excellent, let alone the content material! You can see similar here ecommerce
Tamika
Hi! Do you know if they make any plugins to help
with SEO? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
If you know of any please share. Cheers! You can read similar
blog here: GSA Verified List
Roxanne
Good day! Do you know if they make any plugins to
help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to
rank for some targeted keywords but I’m not seeing
very good success. If you know of any please share. Thanks!
I saw similar blog here: Escape rooms review
Mariano
I have been browsing on-line more than 3 hours these days, yet I by no means found any interesting article like yours. It is pretty price enough for me. In my opinion, if all site owners and bloggers made excellent content as you probably did, the internet shall be much more useful than ever before!
StephenAmuby
purple pharmacy mexico price list: mexican pharmacy – purple pharmacy mexico price list
Donaldnom
mexican border pharmacies shipping to usa
https://cmqpharma.com/# reputable mexican pharmacies online
medicine in mexico pharmacies
ремонт бытовой техники в москве
Профессиональный сервисный центр по ремонту бытовой техники с выездом на дом.
Мы предлагаем: ремонт крупногабаритной техники в москве
Наши мастера оперативно устранят неисправности вашего устройства в сервисе или с выездом на дом!
ремонт макбуков
Профессиональный сервисный центр по ремонту компьютеров и ноутбуков в Москве.
Мы предлагаем: ремонт macbook pro москва
Наши мастера оперативно устранят неисправности вашего устройства в сервисе или с выездом на дом!
Anonymous
به راحتی و سریع با وثیقه سیمکارت خود وام بگیرید.
مائده
از لینک زیر دیدن کنید : https://vakiabad.viblog.ir/post/3/%D8%B7%D9%84%D8%A7%D9%82-%D8%A8%D9%87-%D9%88%D8%A7%D8%B3%D8%B7%D9%87-%DB%8C-%D9%88%DA%A9%D8%A7%D9%84%D8%AA-%D8%AF%D8%B1-%D8%B7%D9%84%D8%A7%D9%82