TIANJIN TEDA FC PASUKAN YANG BAKAL MEMBERI UJIAN BESAR BUAT TERENGGANU FC

Perlawanan terakhir dalam siri jelajah pra-musim pasukan Terengganu Football Club (TFC) ke Bangkok bakal teruji sepenuhnya pada petang ini apabila bakal bertemu dengan pasukan dari liga utama Chineese Super League, Tianjin Teda FC pada petang ini. Perlawanan yang akan berlangsung jam 5.00 petang ( waktu Malaysia ) ini boleh dikatakan perlawanan paling sukar buat pasukan TFC kerana bakal berhadapan dengan pemain-pemain berkelas dunia. Nafuzi Zain menyifatkan ini adalah perlawanan yang terbaik bagi menguji keseluruhan pasukan TFC apabila berdepan dengan pasukan seperti Tianjin Teda FC ini kerana pasukan ini dilihat memiliki beberapa pemain yang sudah beraksi di pentas tertinggi dunia.

Bekas penyerang Bayern Munich dan juga penyerang kebangsaan pasukan Jerman, Sandro Wagner adalah merupakan penggempur utama bagi pasukan ini. Dengan rekod beliau semestinya keberadaan pemain ini di padang bakal menguji bahagian pertahanan dan juga penjaga gawang TFC. Seorang lagi penyerang yang juga salah seorang pemain bintang dan merupakan pemegang anugerah kasut emas liga utama Korea pada tahun 2017, Jonathan bakal bergandingan bersama Wagner dibahagian hadapan pasukan ini. Salah seorang lagi pemain yang perlu diberikan perhatian adalah Frank Acheampong iaitu pemain utama pasukan Ghana yang beraksi sebagai pemain sayap buat Tianjin Teda FC.

Nafuzi menyifatkan, perlawanan ini bakal betul-betul menguji bukan sahaja kualiti pemain tetapi bakal menguji tahap mentaliti pemain secara keseluruhan dan beliau menyatakan beliau percaya anak-anak buahnya boleh mempamerkan aksi yang baik dan mereka sudah bersedia, kerana tahun ini kita mempunyai pemain yang bersungguh-sungguh untuk maju dan ini adalah perlawanan yang boleh kita belajar bukan sahaja secara dalam dari pasukan kita tetapi juga belajar dari pasukan lawan.

Leave a Reply