PROJEK PENUKARAN RUMPUT DI SSMZA TELAH SIAP SEPENUHNYA

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) akan digunakan kembali untuk saingan Liga Malaysia 2020 bermula akhir Februari ini. Penajaan pihak Malaysia Football League (MFL) untuk menyediakan padang stadium yang baru menggunakan rumput jenis Bermuda dengan membelanjakan hampir RM 1 juta. Projek tersebut dilaksanakan oleh syarikat RS Greenmaster telah siap sepenuhnya.

Walaupun demikian, kecacatan yang berlaku di stadium ini kesan runtuhan bumbung dan berada dalam keadaan terbiar untuk tempoh yang lama menyebabkan proses untuk menggunakannya memerlukan kos baik pulih yang lain.

Inisiatif pihak kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan merealisasikan hasrat untuk stadium ini dijadikan sebagai ‘home’ TFC sepanjang 2020.

Sepak mula yang dijangka mempertemukan Terengganu dan Perak dijangka mendapat sambutan luar jangka ekoran kedua pasukan ini juga merupakan finalis Piala Malaysia 2018.

Untuk menjayakan hasrat penggunaan stadium ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyambung tambahan projek di persekitaran padang dengan perbelanjaan kos sebanyak RM 1.2 juta. Projek yang diseliakan oleh pihak JKR ini akan menumpukan baik pulih trek olahraga yang rosak teruk dengan digantikan lapisan rumput tiruan (turf) di sekeliling padang bola sepak ini. Pelaksanaan projek ini dianugerahkan juga kepada RS Greenmaster yang memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan.

Proses memuktamadkan skop kerja dan rundingan harga telah diselesaikan pada hari Rabu lepas di di Pejabat JKR, Wisma Negeri. Kerja-kerja akan dimulakan segera dengan memberikan fokus untuk keperluan minimum yang telah ditetapkan pihak MFL. Selanjutnya akan diselesaikan dalam kadar segera.

Kerja-kerja akan dimulakan dengan membuang dan mengeluarkan lapisan trek yang rosak, membaiki lapisan premix sedia ada, pemasangan shockpad dan lapisan rumput tiruan (turf) di sekeliling padang.

Pasukan TFC dijangka akan menguji padang ini dalam tempoh terdekat.

kerja terdekat untuk menyelesaikan minimum requirement sahaja sebelum liga bermula.

Pemasangan lengkap keseluruhan akan mengambil masa sehingga enam bulan dan ia tidak mengganggu perjalanan liga.

 

Sistem pengairan serta penjagaan rumput di SSMZA juga telah dinaik taraf

 

Permukaan rumput yang baik sangat sangat dititik beratkan oleh pasukan Terengganu FC

 

Keadaan terkini di SSMZA

 

Keadaan terkini di SSMZA

Gambaran penuh apabila kesemua proses pembaikian lengkap sepenuhnya

Leave a Reply