STATUS CHRISTOPHER FAYERS YANG DILIHAT SERING MENJALANI LATIHAN BERSAMA SKUAD TERENGGANU FC

Christopher Fayers yang dilihat seringkali bersama pasukan TFC kini sebahagian daripada keluarga TFC setelah dipinjamkan oleh Australasian Soccer Academy (ASA) yang menanggung sepenuhnya perbelanjaan Christopher Fayers untuk menerima latihan di TFC. Selain Chris, ASA terdahulunya turut menghantar Cristian Volpato menyertai pasukan AS Roma, dan berjaya menambat hati kelab Italy Serie A tersebut untuk mengikat pemain muda berpotensi itu selama 3 tahun.

Chris berminat menyertai TFC kerana persekitaran pasukan, latihan, filosofi pasukan TFC dan metodologi yang diterapkan jurulatih pasukan, Nafuzi Zain.

Keberkesanan pasukan TFC dalam latihan akan lebih memberi manfaat dengan kehadiran Chris. Kehadiran Chris akan lebih mewujudkan suasana latihan yang lebih kompetitif dan lebih berkualiti ke arah pemantapan penampilan pasukan TFC.

Chris Fayers pernah menyertai kelab CD Leganés FC untuk kategori bawah 21 dalam saingan La Liga di Sepanyol dan sempat juga beraksi untuk kelab Real Murcia F.C (Liga 3 Sepanyol) pada tahun lepas.

Christopher bersama pasukan Real Murcia F.C (Liga 3 Sepanyol) pada tahun lepas

 

Chris juga turut sama mengikuti pasukan Terengganu FC dalam siri jelajah pra-musim di Thailand bagi menjalani latihan bersama

 

Leave a Reply