PERTARUNGAN BAHAGIAN TENGAH TERENGGANU FC DAN MADURA UNITED

Ketua pasukan Terengganu FC, Lee Tuck berkemungkinan dapat beraksi dalam perlawanan menentang Madura United jumaat ni apabila dilihat kondisi kecederaan yang dialaminya semakin beransur pulih dan Lee Tuck dilihat telahpun menjalani latihan ringan bersama pasukan pada minggu ini. Semestinya penyoknog TFC merindui aksi  pemain dari England ini yang juga adalah merupakan ketua pasukan TFC pada musim ini.

Jika diturunkan ianya semestinya akan memperlihatkan satu pertarungan yang sengit di bahagian tengah apabil Madura United bakal menghadirkan pemain yang telah mencetak sebagai salah seorang pemain bernilai di liga Malaysia pada satu ketika dahulu iaitu Zah Rahan Krangar yang bakal mengetuai bahagian tengah pasukan lawan. Zah Rahan antara pemain yang menjadi aset besar buat Madura United dan beliau sememangnya dikenali di negara ini sebagai salah seorang pemain midfield terbaik.

Jika ini berlaku, semestinya aksi Terengganu FC dan Madura United bakal bertambah hangat dan semestinya menjadi perlawanan yang sangat mengujakan. Perlawanan yang dijangka bakal dihadiri hampir 10,000 penyokong ini akan berlangsung pada hari 24 Januari 2020 (Jumaat) bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.

Image result for zah rahan

Zah Rahan Krangar pernah beraksi bersama pasukan Felda United pada tahun 2017

Comments (1)

  1. Hello there, just became alert to your blog through Google,
    and found that it is truly informative. I am gonna watch out for brussels.
    I’ll be grateful if you continue this in future. Numerous people will
    be benefited from your writing. Cheers!

Leave a Reply