RESTORAN SELERA 7 MALAM TANDATANGANI KONTRAK TAJAAN TFC MUSIM 2020

Salah sebuah restoran yang terkenal di Kuala Terengganu, Selera 7 Malam telah menandatangani kontrak untuk menaja pasukan Terengganu Football Club (TFC) bagi saingan Liga Malaysia musim 2020. Ianya adalah antara penaja yang menyumbang tajaan dalam bentuk kewangan buat pasukan ini dan semestinya ianya dapat membantu sedikit sebanyak kos perbelanjaan pasukan untuk musim hadapan.

Sesi tandatangani kontrak penajaan ini dihadiri oleh Pengurus Restoran Selera 7 Malam sendiri, Encik Mohd Khairul Salleh dan wakil lain yang turut hadir manakal TFC pula diwakili oleh Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Encik Mohd Syahrizan Mohd Zain. Sesi tandatangani kontrak penajaan musim 2020 ini telah diadakan di Pejabat Pengurusan PBSNT. Selera 7 Malam kini akan menjadi pembekal makan rasmi buat pasukan TFC bagi musim 2020.

Pengurus Restoran Selera 7 Malam, Encik Mohd Khairul Salleh menyatakan, beliau sememangnya telah lama merancang untuk menjadi salah sebuah syarikat penaja yang menyumbang buat pasukan TFC. Beliau juga menyatakan beliau sememangnya salah seorang penyokong tegar pasukan Terengganu sejak dari zaman dahulu dan bagi beliau, ini adalah antara cara yang dapat beliau lakukan untuk membantu pasukan ini untuk bergerak dengan lebih baik dan lebih maju.

Selain memberikan tajaan dalam bentuk tunai buat TFC, Selera 7 Malam juga bercadang untuk menjalinkan kerjasama dalam memberikan diskaun potongan harga bagi setiap pemegang pas bermusim TFC musim 2020 yang datang ke restoran ini (waktu siang sahaja). Restoran yang menawarkan makanan tengah hari selera kampung pada sebelah siang dan menawarkan pelbagai jenis menu makanan pada sebelah malam ini sememangnya salah sebuah restoran yang menjadi sebutan di Kuala Terengganu. Bagi yang masih belum pernah ke restoran ini, ianya beralamat di Lot 4389,Kampung Ladang Tanjung,Mukim Bandar,20000,Kuala Terengganu,Terengganu.

SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR TFC BUAT SELERA 7 MALAM!

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penajaan Selera 7 Malam bagi musim 2020

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penajaan Selera 7 Malam bagi musim 2020

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penajaan Selera 7 Malam bagi musim 2020

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penajaan Selera 7 Malam bagi musim 2020

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penajaan Selera 7 Malam bagi musim 2020

 

Leave a Reply