
TURTLE STORE TANDATANGANI KONTRAK TAJAAN TFC MUSIM 2020
Kedai jualan barangan sukan bola sepak, Turtle Store telah menandatangani kontrak untuk melanjutkan penajaan buat pasukan Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2020. Turtle Store memulakan tajaan barangan serta perkhidmatan buat TFC bermula pada tahun 2019 dan melihatkan kerjasama ini sangat positif disamping menguntungkan kedua-dua belah pihak serta kerjasama ini dilihatkan boleh terus dipereratkan buat masa-masa akan datang.
Pengarah Urusannya, Mohd Shamsul Bahari Bin Mohd Yunus menyatakan beliau melihatkan adalah menjadi kewajipan kepadanya untuk menjadi penyumbang buat pasukan bola sepak di negeri Terengganu atas kemampuan yang syarikat miliknya miliki dan juga semestinya kerana semangat dan jiwa sokongan beliau sendiri buat pasukan ini. Baginya jika syarikat-syarikat di negeri ini sendiri tidak hadir untuk memberikan sokongan dan bantuan buat pasukan, jangan kita mengharapkan syarikat dari luar untuk mengisi apa yang boleh kita sendiri laksanakan.
Bagi yang masih belum mengenail Turtle Store, syarikat ini adalah antara syarikat yang aktif dalam jualan barangan bola sepak di Terengganu bukan sahaja jersi pasukan, namun termasuk juga mafla, topi, pelekat kenderaan, bendera dan sebagainya yang dijual dengan harga yang berpatutan buat peminat-peminat di Terengganu. Turtle Store berpusat di alamat 491 Jalan Sultan Mohamad 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Sesi tandatangani kontrak lanjutan ini dihadiri oleh wakil bahagian pemasaran Turtle Store, Puan nor Syuhada binti Ahmad Kadri dan TFC pula diwakili oleh Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), encik Mohd Syahrizan Mohd Zain. Diharapkan kerjasama ini dapat terus dieratkan dalam usaha TFC untuk melebarkan kerjasama dengan syarikat-syarikat penaja di seluruh Terengganu dan Malaysia.
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja Turtle Store
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja Turtle Store
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja Turtle Store
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja Turtle Store
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja Turtle Store