TEMPOH MASA 2 HARI BAGI PERSIAPAN PASUKAN MENJELANG PERLAWANAN MENENTANG PAHANG FA

Selepas perlawanan menentang pasukan Kedah FA malam tadi, pasukan Terengganu FC hanya ada masa 2 hari sebelum sekali beraksi dalam saingan Liga Super Jumaat ini. Pada perlawanan kali ini pasukan Terengganu FC akan menentang pasukan jiran, Pahang FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.

Jika mengikut rekod, ini adalah merupakan perlawanan keempat pasukan Terengganu FC bertemu pasukan Pahang FA musim ini dimana sebelum ini pasukan Terengganu FC sudah bertemu buat pertama kali dalam saingan Liga Super dimana Terengganu FC tewas 3-0 di Darul Makmur manakala 2 lagi perlawanan di saingan Piala FA, Terengganu menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu dan tumpas di Darul Makmur dalam aksi timbal balik dengan jaringan 4-0.

Dengan ketiadaan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, persiapan pasukan dilihat sedikit terganggu namun begitu penolong jurulatih, Mohd Nik yang ditugaskan sebagai pengendali semesntara dilihat mampu menggalas tugas untuk melakukan persiapan selengkapnya bagi aksi Jumaat ini.

Pasukan Terengganu FC sebelum ini kehilangan pemain tengah, Shahrin Sapien yang mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang PKNS FC dilihat berkemungkinan dapat diturunkan pada aksi Jumaat ini namun ianya bergantung pada kondisi pemain ini dalam sesi latihan persiapan pasukan sebelum Jumaat ini.

 

 

Leave a Reply